Perangkap Lipas Dalam Kereta. Serius Bawah RM10!

Source: rasa.my

LIPAS. Makhluk perosak yang mampu hidup 9 hari tanpa kepala! Fakta, hokey? Mesti ramai yang alami masalah lipas dalam kereta kan? Bukan lipas yang besar dan boleh terbang. Tapi lipas yang saiz kecik cinonet tu. Siapa yang tak sakit hati, kalau baru je buka pintu kereta, tengok ramai pulak keluarga lipas kerdil tengah beristirehat atas dashboard, celah-celah ruang aircond atau atas kusyen kereta. Ewahhh..ewahh.. pesta sakan korang satu family yea?

PUNCA:
Punca utama mesti lah makanan! Ada je dengan bangga cakap kereta dia takde lipas sebab dia tak makan dalam kereta. Hah! Tunggu la bila kau ada anak kecik. Baru kau tahu budak kecik macam mana. Nanti boleh la nampak kesan makanan melekat di kusyen dengan fingerprint si kecik tu.

Sebelum ni kita share petua untuk halau lipas. Tapi kali ni kita share petua untuk PERANGKAP dan bunuh lipas tu semua pulak. Biar semua keturunan dia hilang! Paling best, kos semua perangkap ni hanya di bawah RM 10.

1. MARJERIN, MINYAK & SUSU PEKAT MANIS

Source: era.je

Apa? Guna marjerin, minyak masak dan susu pekat manis? Ni bukan resipi untuk buat resipi kek lipas leleh yea. Ni adalah perangkap untuk bunuh lipas tu semua. Caranya mudah. Korang cuma perlu masukkan semua bahan tu dalam satu bekas dan simpan semalaman dalam kereta. Boleh letak atas karpet atau tempat duduk. Nak selamat lapik dengan surat khabar. Takut tumpah kang jadi kes lain pulak. Hasilnya? Macam gambar atas tu. Sekali pandang macam udang geragau goreng.

 

2. GLUE TRAP

Kalau malas nak bancuh resipi macam cara pertama, anda cuma perlu beli Glue Trap. Ada banyak jenis di pasaran. Tapi antara yang paling murah dan berkesan, beli perangkap lipas dan cicak jenama Family ni. Harga dalam RM 7.90 macam tu je. Dalam satu kotak ada 5 perangkap. Boleh la letak atas dashboard, alas kaki, bawah seat atau dalam bonet selama sehari. Hasilnya? Macam kat bawah ni.

Source: penhitam.com

3. PERANGKAP LIPAS MR. DIY

Source: bukalapak.com

Perangkap lipas atau Roach Trapper ni korang boleh dapatkan di Mr DIY. Dia ada 2, yang besar harganya dalam RM 6 lebih dan yang kecik dalam RM 3 lebih je. Mana yang suka online shopping tu boleh beli perangkap ni di Lazada, Shopee mahupun Carousell. Cukup mudah, murah dan berkesan. Caranya, letak sisa makanan kat ruang tengah bekas tu untuk menarik lipas. Sekali masuk, memang tiada jalan keluar dah. Paling best, lepas buang atau bunuh lipas tu, anda boleh pakai balik bekas ni sampai semua geng lipas lenyap.

4. PERANGKAP BOTOL MINUMAN

Source: karteldakwah.com

Banyak-banyak cara, yang ni paling murah untuk perangkap lipas yang bermaharajalela dalam kereta korang. Guna bekas botol minuman je. Untuk hasil terbaik, guna botol minuman manis. Lagi lipas tu rasa menarik dan tertarik. Pastikan ada sisa air manis atau sisa makanan dalam botol tu. Letak kat mana-mana dalam kereta tapi dalam keadaan menegak. Sebab lipas kecik tu susah nak panjat keluar. Tak sampai kaki katanya. Boleh tinggalkan semalaman atau sampai 2-3 hari. Selamat mencuba!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *