Peminat Fanatik Mahu Beli Kereta Yang Disentuh Oleh Kumpulan BTS. Seriuslah?
Peminat fanatik ni bukan perkara biasa bagi artis Korea Selatan. Mereka dipuja sehinggakan apa sahaja yang mereka pakai, buat, makan atau sentuh akan menjadi kegilaan para peminat. Contohnya, sebelum ini pernah tular tentang peminat yang cuba untuk jual tempat duduk tandas yang kononnya digunakan oleh Lisa daripada Blackpink.
Kemudian, beberapa hari lepas pula, heboh tentang kisah ramai peminat yang ingin membeli kereta yang disentuh oleh salah seorang anggota dalam kumpulan K-POP terkenal dunia, BTS. Pada 23 November 2021, pemberita Cher Calvin telah berkongsi satu video yang dimuat naik ke laman Instagram beliau. Dalam video itu, kumpulan BTS muncul semasa lampu isyarat sedang merah untuk melakukan persembahan singkat dalam segment Crosswalk Concert dalam rancangan ‘The Late Late Show with James Corden’.
Kemudian, salah seorang daripada anggota kumpulan terbaik, iaitu V, datang dan menghampiri kereta BMW Cher Calvin lalu menyentuh bahagian hadapan kereta itu. Gigih dia cari kesan tapak tangan V tu. Rasanya dia tak akan basuh kereta tu selepas ni.
Tak lama selepas itu, Cher telah didatangi dengan pelbagai soalan daripada peminat fanatik BTS berkenaan keretanya. Malah ramai yang ingin membeli kereta tersebut dan sanggup untuk melakukan “wire transfer” secepat mungkin untuk memiliki kereta dengan kesan tapak tangan V BTS tersebut. Ni baru betul orang panggil minat gila!
Tonton video di sini:
View this post on Instagram