Pemilik Kereta Letak Sepanduk Jangan Beli Kereta Ini Kerana Tak Berbaloi? Lain Macam Cara Dia Protes

Sumber imej: indiaherald.com

Tak pernah dibuat orang. Kebiasaannya, pelanggan atau pemilik sesebuah kenderaan itu akan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenderaan yang dimiliki di media sosial atau jumpa pengurus pusat jualan bukan? Tetapi seorang lelaki di India berfikir ‘diluar kotak’ selepas menunjukkan rasa tidak puas hati dengan menggantungkan sepanduk di belakang kenderaannya sebagai tanda protes.

JIMAT KOS MINYAK. UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R:

Pada sepanduk berkenaan, beliau mengatakan MPV Kia Carens yang dibelinya pada harga Rs 19 lakh (US$ 24,481 atau bersamaan RM 107,545) ialah sebuah ‘kereta sampah’ dan meminta sesiapa sahaja jangan membeli kereta tersebut. Lelaki itu juga turut meletakkan nombor telefonnya pada sepanduk itu, selain dilihat mundar-mandir di sekitar ibu pejabat Kia di Gurugram, Haryana. Perbuatan lelaki itu dilihat seperti ingin mendapatkan perhatian daripada pihak berkuasa dan juga pihak Kia sendiri.

Sumber imej: dailynews.lk

Sebenarnya, tidak dapat dipastikan punca sebenar kenapa lelaki tersebut tidak puas hati. Adakah kerana prestasi kenderaan yang kurang memuaskan atau sekadar ingin mendapat perhatian semata-mata. Rupa-rupanya ini bukan kejadian pertama di India yang melihat pemilik kereta tak puas hati. Kerana sebelum ini seorang pemilik kereta Toyota Urban Cruiser juga pernah melakukan teknik protes yang sama. Cumanya dalam kejadian itu, dia menggelarkan SUV miliknya sebagai ‘kereta keldai’ kerana selalu berlaku kerosakan.

Jika di sana, kereta yang kerap rosak dipasang dengan sepanduk tanda protes. Kalau di Malaysia, tunggu alat ganti berbulan-bulan pun masih rilek lagi. Itu adalah bukti bahawa rakyat Malaysia ni sebenarnya penyabar. Setuju tak?

Sumber imej: thequint.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.