PEMILIK KERETA KLASIK BERJIWA MURNI.

‘RENTAS PENINSULAR 2.0: WE FOR SHE’

Pada 15 November 2023, sebanyak 30 buah kenderaan klasik dari persatuan Practical Classic Drivers (PCD) telah berkumpul untuk program ‘Rentas Peninsular 2.0: We for She’ yang bertempat di UMAC House, Petaling Jaya. Dalam program rali ketahanan yang dianjurkan buat kali kedua ini, terdapat pelbagai kereta klasik daripada pelbagai jenama termasuk Volkswagen, Mercedes Benz, BMW, SAAB, Jaguar, Citroen, Triumph, Volvo dan lain-lain yang mengambil bahagian. Sememangnya kereta yang turut serta dalam program kali ini adalah sangat unik. Malah ada juga kereta yang sangat jarang untuk kita lihat di atas jalan raya Malaysia!

Dalam program ‘Rentas Peninsular 2.0: We for She’, kesemua peserta berpeluang untuk mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam masa 72 jam melalui jurang pemanduan 1,500 kilometer. Bermula dari Selangor, mereka akan melalui Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak dan akan berakhir di Kangar, Perlis.

Untuk pengetahuan semua, sasaran utama ‘Rentas Peninsular 2.0: We For She’ adalah untuk mengembara sambil beramal, di mana kesemua dana itu bakal diserahkan kepada pertubuhan Women’s Aid Organisation (WAO) iaitu sebuah pertubuhan kebajikan yang membantu golongan wanita yang teraniaya dalam keganasan rumahtangga dan penderaan di negara kita. Menurut Dr Haridev Devadas yang juga salah seorang pengasas Practical Classic Drivers, beliau berharap agar program mengembara sambil beramal itu dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja memberikan peluang kepada peserta untuk meneroka malah mereka juga dapat memberi kesedaran tentang kebajikan kepada kaum Hawa.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.