UPAH AKSESORI SAMPAI RM 38,000. AKHIRNYA PEMILIK BMW BAWA LARI KERETA

Tambah aksesori sehingga RM 38,000 tapi tiada duit nak bayar?

Seorang pemilik BMW yang telah menghantar keretanya untuk dipasang aksesori telah bertindak melarikan kereta miliknya daripada sebuah bengkel di Johor Bahru. Suspek yang berusia 40-an itu pada mulanya telah bersetuju dengan harga yang dikenakan oleh bengkel untuk memasang tayar, sportrim dan aksesori tambahan lain pada harga RM 38,000.

whats the best bmw tail light ever? : r/BMW
sumber imej: reddit.com

Namun, pada hari kejadian suspek telah datang ke bengkel bersama seorang rakannya dan meminta untuk memandu uji kereta tersebut. Mungkin pemilik bengkel itu sudah syak ada sesuatu yang pelik tentang pelanggannya, beliau telah mengarahkan pekerjanya iaitu seorang mekanik untuk menemani pemilik BMW itu melakukan pandu uji.

Apabila suspek, rakan suspek dan mekanik tersebut  tiba di sebuah kawasan di Taman Bukit Kempas, suspek mendakwa dia terdengar bunyi ketukan yang datang daripada but kereta sebelum meminta mekanik yang menemaninya untuk memeriksa but. Apabila mekanik membuka pintu, rakan suspek bertindak menyembur semburan lada kepada mangsa sebelum membawa lari kereta BMW tersebut. Selepas itu, seorang lagi pekerja telah cuba untuk mengejar suspek dengan menaiki motosikal namun malangnya beliau turut dirempuh oleh pemilik BMW tersebut.

That time a Gang Banger Befriended Me and Offered to Steal a New BMW for Me  to Replace My Old One | by Carol Lennox. LPC, M.Ed. | New Choices | Medium
sumber imej: medium.com

Kesian pada mangsa-mangsa yang terlibat. Ada yang mengalami kerengsaan mata akibat terkena semburan lada, ada juga yang mengalami patah tangan dan bebrapa kecederaan yang lain dalam percubaan untuk menghalang suspek daripada membawa lari kereta BMW itu. Selain itu juga, pemilik bengkel turut perlu menanggung kerugian sehingga RM 43,000 termasuk kos pengubahsuaian BMW yang dilarikan pelanggan serta kos kecederaan yang dialami oleh mangsa. 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 324 kerana sengaja mendatangkan bahaya dengan menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.