Pemandu Wanita Dipukau Sebelum Diraba Oleh Lelaki Miang Di Lebuhraya Latar

Source: twitter.com

Seram! Kepada kaum hawa di luar, tolong berhati-hati. Kes macam ni dah banyak kali sangat terjadi. Sila ambil pedoman dengan kes yang pernah tular macam kes pemandu Grab wanita dicabul, penumpang pernah diraba pemandu teksi, wanita hampir dirogol di tempat parking dan macam-macam kes lagi. Kes yang terbaru ni pun boleh tahan seram. Sebab mangsa dipercayai dipukau sebelum diraba oleh seorang lelaki miang yang kononnya ‘ikhlas’ nak bantu mangsa tukar tayar kereta di Lebuhraya LATAR.

Source: twitter.com

Menurut mangsa, dia dalam perjalanan ke tempat kerja menuju Glenmarie sebelum terdengar bunyi ‘meletup’. Apabila sedar yang bunyi tu datangnya dari tayar kereta sendir, mangsa terus ke ‘emergency lane’ sebelum menghubungi ayahnya. Semasa sedang menunggu bantuan, tetibe datang seorang mat motor yang berhenti untuk ‘membantu’ mangsa. Ni la orang kata, baik ada makna. Ingat hero datang, sekali si ‘pervert’ yang tersenyum nak cari habuan.

 

Semasa menunggu pihak peronda datang bagi bantuan, wanita ni borak la dengan lelaki miang tu sebab tak mahu dicop ‘sombong’. Masa ni adegan panas nak bermula, bila lelaki tu tiba-tiba mendekati mangsa sebelum meraba belakang mangsa. Kenapa mangsa tak lari? Sebab mangsa percaya dia telah dipukau. Badan terasa kaku semacam. Termasuk la bila lelaki tu ajak mangsa masuk ke dalam kereta, mangsa akur dan ikut kemahuan si miang tu. Selain meraba, lelaki itu juga cuba untuk mencium mangsa. Ewww…

Bila wanita tu tanya, kenapa lelaki tu buat macam tu, tau tak apa jawapan si miang tu? “Sebab aku lelaki”. Astaga, memang dasar jantan tak guna ni. Selepas habis adegan yang memang ‘scary’ habis, wanita tu telah membuat laporan polis di Sungai Buloh dan pihak polis sekarang sedang buru suspek. Harap-harap dapat tangkap dan muka dia terpampang besar-besar di ‘billboard’ sepanjang ‘highway’.

Jadi pesanan kepada semua perempuan di luar sana, pastikan anda hati-hati dan ‘alert’ dengan keadaan sekeliling. Kalau di area ‘parking’ sila ingat ‘panic button’ sebab bila rasa diri dalam bahaya, anda boleh tekan butang tu untuk bantuan segera. Kalau yang nak drive sorang-sorang tu, pastikan yang tersayang tau lokasi anda. Selain tu sila check keadaan kereta sebelum bertolak. Ingat, penjenayah sekarang ramai bermuka manis.

Source: reddit.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *