Pemandu Persona Tular Tunjuk Gari Memang Sah Anggota Polis? Salah Tempat Tunjuk Kuasa Ni.
Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila terdapat sebuah video yang menampilkan seorang pemandu Proton Persona membuka tingkap keretanya sambil menayang gari.
Jika dilihat video tersebut, barlaku satu perselisihan faham di antara pemandu Proton Persona dan pengadu di sekitar Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pemandu Proton Persona itu sebenarnya ingin menukar lorong ke laluan kanan tanpa memberikan lampu signal. Namun selepas bengang apabila keretanya tidak diberikan laluan, pemandu Proton Persona tersebut bertindak untuk memotong dari lorong kiri sambil membuka tingkap dan menayang gari.
Apa motif dia? Untuk menakut-nakutkan orang awam atau nak tunjuk dia ada kuasa? Masalahnya sekarang, dalam video tu memang sudah terang lagi bersuluh dia yang salah sebab nak tukar laluan tapi tak bagi signal. Mungkin dia ingat dia hebat tapi dia lupa sekarang adalah zaman di mana kebanyakan kenderaan mempunyai perakam dashcam. Akhirnya, pemandu Proton Persona itu diburu polis.
Selepas siasatan dilakukan, ada laporan yang mendakwa rupanya pemandu Proton Persona tersebut ialah seorang anggota polis berusia 42 tahun di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi. Sepatutnya, sebagai seorang anggota polis, dia sepatutnya memberikan contoh yang baik. Namun daripada tindakan berlagak dan kurang matang itu, dia telah memalukan ramai anggota polis di Malaysia. Akibat berlagak seperti samseng atau pembuli jalanan, akhirnya tindakan lelaki tersebut memakan diri apabila kini pihak polis telah membuka satu Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan dalaman terhadap anggota polis terbabit.
Boleh tonton video di bawah: