PEMANDU BUS ADA 18 SAMAN TERMASUK KESALAHAN PANDU LAJU. MINTA MAAF CUKUP TAK?

Kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik – Jeli sememangnya mengundang simpati oleh seluruh rakyat Malaysia. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu, sebuah bas yang membawa pelajar yang menuju ke kampus selepas cuti Aidiladha didapati telah melanggar sebuah Perodua Alza yang dinaiki empat sekeluarga sehingga menyebabkan 15 pelajar UPSI maut, 33 cedera dan tujuh daripadanya parah. 

Sumber imej: ecentral.my

“Apa yang berlaku adalah disebabkan brek bus tidak berfungsi secara tiba-tiba.” Itulah ungkapan yang sering kita terima daripada pemandu yang terselamat selepas mengorbankan banyak nyawa insan yang tidak bersalah. Ini bukan kes pertama, malah sudah banyak kejadian seumpama ini yang berlaku. Pengakhiran ayat pula, “Kami akan siasat”. Tapi sampai bila???

Si pemandu bas mempunyai 18 SAMAN TERMASUK KESALAHAN PANDU LAJU namun masih diberikan keizinan untuk memandu bas? Sepatutnya pemandu bas yang sudah kerap kali mempunyai kesalahan pandu laju TIDAK LAYAK untuk memandu bas. Kamu memandu sebuah bas yang membawa banyak nyawa, jangan berlagak macam kamu memandu sebuah Nissan GT-R di litar Sepang! Silap sikit, banyak nyawa yang melayang! Lihat video dashcam dan nilai sendiri:

@bernamatvofficial

Nahas UPSI : Rakaman ‘dashcam’ bas membawa para pelajar sebelum terlibat kemalangan Sumber video : Hanz Hanz digitalbernamatv nahas bas pelajar upsi

♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

Buat salah minta maaf dengan harapan maaf kamu diterima? Sedangkan video daripada dashcam kenderaan belakang sebelum kemalangan berlaku menunjukkan yang bas itu dipandu laju di sebuah selekoh sebelum bas itu terbalik akibat hilang kawalan. Dengan keadaan jalan yang berliku, berbukit dan gelap, apa yang merasuk fikiran kamu sehingga memandu dengan laju? Sebab jika bas tidak dipandu laju seperti yang dikatakan, mana mungkin impak kemalangan sedemikian? Ini jawapannya:

“Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan hakikat sebenar saya cuba mengelak dari melanggar kenderaan mereka namun disebabkan kejadian yang berlaku adalah kawasan selekoh, saya tidak mampu berbuat apa-apa”

“Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer dan apa yang pasti saya sudah cuba yang terbaik sebagai pemandu bas untuk mengelak kemalangan itu.

“Saya tidak memandu laju sebagaimana yang tular kerana saya sendiri arif dengan laluan Jeli-Gerik, apatah lagi lokasi kejadian itu sedang menuruni bukit,” katanya sambil menahan tangis. – Sumber Harian Metro.

Jawapan ini ada persamaan dengan beratus alasan selepas kemalangan bukan? Dan akhirnya kes menjadi ‘sejuk’ dan akhirnya tiada siapa yang tahu tentang hukuman kepada pemandu yang cuai serta syarikat bas yang terlibat. Sunyi. Sepi. Jadi, di mana KEADILAN buat mangsa dan keluarga yang terlibat? Kepada pemandu, syarikat bas dan pihak berwajib, tolonglah buka mata anda semua.

Kalau anda pemandu bas, tolong pandu dengan cermat. Untuk syarikat pengendali bas pula sila pastikan bas yang digunakan telah menepati syarat-syarat yang sepatutnya dan telah diselenggara dengan baik. Kepada pihak berkuasa pula, sila pastikan pemandu bas yang mempunyai banyak rekod lampau lebih-lebih lagi kesalahan pandu laju untuk TIDAK DIBERIKAN keizinan untuk memandu bas lagi. Selain itu diharapkan agar setiap bas yang membawa penumpang untuk mempunyai ‘speed limit’ agar pemandu bas akur bahawa yang dipandunya adalah bas, bukan hypercar.

P/S: Lepas ni akan ada beberapa makhluk aneh yang biasanya menyokong si pelaku berbanding mangsa dan siap suruh kita jadi pemandu bas untuk tahu macam mana rasanya bila kita sendiri yang memandu bas. Lepas tu cakap mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Spesis empati salah tempat memang ada di mana-mana.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.