Pekerja Tesla Tak Puas Hati. Kerja Kalah Kuli

Sumber imej: coaxicom.com

Tesla telah menunjukkan perkembangan terbesar dalam sejarahnya pada tahun 2022 dengan membuka dua kilang giga baharu. Satu terletak di Austin, Texas Amerika Syarikat dan lagi satu pula terletak di Berlin, Jerman yang mana kilang-kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran yang setanding dengan kilang hebat mereka di California dan Shanghai sebelum ini. Disebabkan kejayaan demi kejayaan mampu dicapai oleh Tesla, pakar analisis turut meramalkan bahawa pada tahun 2023, Tesla mungkin mampu menjana pendapatan sehingga US$100 bilion buat kali pertama dalam sejarah syarikat.

Namun, di sebalik kejayaan sebuah syarikat gergasi seperti Tesla, adakah pekerjanya bangga dan gembira bila bekerja di sana? Jawapannya, TIDAK!

Disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan layanan yang diterima, sekumpulan pekerja Tesla telah membentuk kesatuan pekerja (union) untuk menjamin hak mereka sebagai pekerja. Ini termasuk hak gaji, keselamatan dan juga kesihatan mereka. Katanya ramai jadi ‘sakit jiwa’ selepas tertekan kerja di sana?

Sumber imej: tlnt.com

Macam mana tak tertekan kalau ketukan kekunci mereka pun dipantau oleh Tesla untuk memastikan semua pekerja menjalankan tugas dan tidak curi tulang. Malah mereka juga berasa rimas apabila sering diperhatikan, sehingga nak masuk bilik mandi pun rasa tidak selesa. Bahkan, mereka juga takut untuk melakukan kesalahan kerana bimbang dipecat serta-merta.

Walaupun menawarkan kadar gaji dengan purata US$ 24 (RM 105) per jam, namun disebabkan oleh layanan yang tidak elok juga membuatkan Tesla menjadi antara syarikat yang mempunyai rekod pertukaran pekerja tertinggi (high turnover rate).

Bukan macam kuli, tapi dah macam robot yang telah diprogramkan. Betul tak?

Sumber imej: indiatvnews.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.