Peel P50: Kereta Paling Kecil Dan Paling Perlahan di Dunia
Bagi rakyat Malaysia, kereta paling kecil yang kita pernah lihat di atas jalanraya Malaysia sudah tentu jenis Smart ForTwo yang hanya mampu dinaiki oleh dua orang pada satu masa. Tapi tahukah anda sebenarnya kereta paling kecil di dunia (selain kereta mainan) ialah Peel P50 yang dicipta pada tahun 1960an. Pada zaman tu, manusia ni tak kisah sangat tentang sistem keselamatan yang ada pada sesuatu kereta. Sebab zaman tu, orang kaya je yang mampu beli kereta, bukan macam zaman sekarang.
Sebenarnya, asal usul terciptanya kereta ni bermula dari sebuah pulau, iaitu Isle of Man yang terletak di Lautan Atlantik, di antara negara England dan juga Ireland. Seorang lelaki bernama Cyril Canell kemudiannya mendapat idea untuk mencipta sebuah kenderaan yang sangat kecil yang hanya mampu memuatkan seorang manusia.
Enjinnya pula hanya 3.5 hp dan hanya mempunya satu tempat duduk, satu headlamp, satu windscreen wiper dan paling kelakar satu tayar pada bahagian belakang. Dan macam kereta musuh ketat Mr. Bean pun ada. Sebab itu ramai orang yang berbadan agak besar akan jatuh tergolek setiap kali cuba untuk masuk atau keluar dari kereta ni.
Selain kecil, kereta ni juga dikatakan kereta paling perlahan di dunia. Kelajuannya hanya mampu mencapai sehingga 40 mph atau 64 km/j sahaja! Seperti yang kita lihat pada iklan asal, kereta ini juga dikatakan sangat jimat minyak. Sebab ia mampu bergerak sehingga 42.5 km/liter. Namun, walaupun jimat minyak dan harga yang murah dengan harga USD $ 5,000 atau bersamaan RM 20,677, kereta ni tidak mendapat sambutan yang menggalakkan langsung. Lantas, syarikat sama yang mengeluarkan model Peel P50 turut mencuba nasib dengan mencipta lagi kereta dengan 2-tempat duduk dan diberikan nama Trident. Malangnya kereta itu juga tidak mendapat sambutan. Akhirnya, pada tahun 1973, Peel telah pun menghentikan pengeluaran kereta comel ni.
Pada tahun 2011, dua usahawan bernama Gary Hillman dan Faizal Khan cuba untuk membina kereta yang seakan sama dengan Peel P50 dan Peel Trident. Harga jualan? Bermula dari 7,000 pound sterling (RM 38,169) sehingga 24,000 pound sterling (RM 130,866)! Siap ada edisi terhad dengan menggunakan electric turbo yang boleh memecut sehingga 50 mph (80 km/j).
Hmmm…. Baik beli Perodua Kancil. Boleh muat 4 hingga 5 orang. Siap boleh bawa masuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) lagi.