Paul Pogba Bayar Caj Rolls-Royce Miliknya Sebanyak RM31 Ribu. Selepas 270 Hari Ditinggalkan

Sumber imej: thesun.co.uk

Pemain Manchester United, Paul Pogba, akhirnya telah mengambil kembali Rolls Royce bernilai £300,000 (RM 1.7 juta) selepas meninggalkan kereta mewah itu di parking kereta polis selama 270 hari. Akibat daripada itu, bintang Manchester United ini terpaksa membayar caj penyimpanan sebanyak £5,500 (RM 31 ribu) sekiranya ingin mengambil semula kereta Rolls-Royce Wraith Black Badge miliknya.

Walaupun kedengaran seperti agak mahal untuk membayar caj tersebut, bagi Pogba yang mempunyai ‘gaji’ sebanyak £260,000 (RM 1.4 juta) seminggu di Old Trafford dan dengan nilai perpindahan sebanyak £89 juta (RM 507 juta) dari Juventus ke Manchestes United, harga tersebut bukanlah masalah utama baginya. Pernah jadi antara pemain termahal dunia, setakat Rolls-Royce apalah sangat kan.

Sumber imej: dailystar.co.uk

Dah namanya kaya, mana dia kisah sangat kereta lama terperap di parking kenderaan polis. Malah mengikut laporan, kereta mewah tu pun dah sampai berhabuk teruk di sana. Selain itu, pemain bola berusia 28 tahun itu dikatakan selalu bergilir-gilir menggunakan kereta mewah miliknya yang lain seperti Ferrari 812 Superfast bernilai £260,000 (RM 1.4 juta), Lamborghini Aventador bernilai £270,000 (RM 1.5 juta), Bentley Flying Spur bernilai £132,000 (RM 753 ribu), Maserati Quattroporte bernilai £115,000 (RM 656 ribu), Audi RS6 Power R bernilai £100,000 (RM 570 ribu) serta Chevrolet Camaro bernilai £40,000 (RM 228 ribu). Itu baru kereta, belum lagi aset lain macam rumah dan sebagainya.

Sumber imej: pinterest.com

Sebenarnya, mengikut undang-undang di sana semua jenis kenderaan yang dibawa di negara itu oleh bukan warganegara mestilah didaftarkan dengan DVLA dan wajib dilengkapi dengan nombor plat United Kingdom dalam masa enam bulan. Jika tidak, kenderaan itu akan disita. Macam dalam kes Pogba ni pula, Roll-Royce itu masih lagi menggunakan nombor plat dari negara Monaco.

Rasanya dia baru ingat dia ada kereta Rolls-Royce kot. Sebab kalau tak takkan sampai 9 bulan dibiar tersadai kat sana.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *