Patutlah Banyak Ekzos Hilang. Rupanya Nak Hasilkan Emas Putih

Bayangkan kita nak start kereta, sekali ekzos kereta hilang! Kerja siapa lah yang nak untung mudah macam ni kan? Tapi bak pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang terjadi pada sekumpulan lelaki di sekitar Lembah Klang, apabila mereka semua berjaya diberkas oleh pihak polis dalam satu serbuan.

Semasa serbuan dibuat, pihak polis turut berjaya merampas 15 ekzos curi. Ada apa pada ekzos ni sampaikan mereka sanggup curi?

Rupa-rupanya, dalam setiap tabung ekzos yang mereka curi tu sebenarnya mempunyai bahan utama kepada penghasilan emas putih. Bahan seperti paladium, rodium dan platinum yang terdapat dalam ekzos tu sebenarnya akan dicampur dengan beberapa bahan kimia yang lain untuk dijadikan emas putih. Amboi, kerja senang ek. Ni orang panggil business untung tanpa modal.
Senang-senang curi ekzos kereta orang, lepas tu dia leburkan mana-mana bahagian yang dia nak untuk dijadikan emas putih.

Okay, sekarang mesti anda semua tertanya-tanya kan. Ada ke jenis kereta tertentu yang mereka sasarkan? Sudah tentu ada. Untuk pengetahuan anda semua, kereta yang paling mereka kehendaki ialah jenis Kia dan juga Hyundai. Lagi satu, kenderaan berkuasa tinggi pun mereka suka. Sebab, kenderaan berkuasa tinggi ni mempunyai ekzos yang padu, maka lebih banyak serbuk emas putih yang akan berjaya dihasilkan.


Kini, Geng Emas Putih telah berjaya ditumpaskan. Yang menjadi kerisauan sekarang ialah mungkin perkara seperti ni akan membuka mata para penyangak yang lain untuk membuat perkara yang sama. Oleh itu, pihak polis telah meminta agar sesiapa sahaja yang kehilangan ekzos untuk membuat laporan polis dengan segera. Dulu kita ingat mat drug je yang buat kerja macam ni. Paling tak pun mereka jual kat kedai besi buruk atau alat ganti kereta terpakai. Penjenayah sekarang semakin bijak kimia weh!

Mana-mana nak buat hantaran emas putih tu, jangan rembat ekzos kereta orang pula yea?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.