Pastikan Anda Miliki Alat Ni Dalam Kereta Untuk Emergency. Suami Wajib Beli Kalau Sayang Bini

Source: wallhere.com

Pernah tak tengok Megan Fox dalam filem 2007 Transformers? Wataknya menunjukkan yang dia bukan sekadar cantik, tapi yang buat dia nampak lagi hot and strong disebabkan dia tahu repair kereta. What?? Mesti ramai ladies di luar yang berangan nak jadi macam tu. Tapi realitinya kita masih lagi terperap dalam dunia stereotaip yang tunjuk perempuan hanya reti masak dan makeup. Oleh sebab tu, banyak alat yang sangat penting dicipta semasa kes emergency lebih-lebih lagi kepada driver wanita. Tak ada? Mintak suami atau pakwe beli.

 

1. Tyre Sealer Inflator Untuk Tayar Pancit

Source: lazada.com.my

Ingat tak kes perempuan diraba di Lebuhraya LATAR beberapa bulan lepas semasa tunggu bantuan tayar pancit? Tahu tak anda boleh settle masalah tu dengan cepat dan selamat? Anda cuma perlukan Tyre Sealer Inflator. Apa brand pun tak kisah. Dalam kurang 1 minit, tayar anda kembali normal dan anda boleh drive macam biasa. Bukan mahal, ada yang kurang RM 20.00. Kat Lazada pun berlambak. Cuma masukkan sumbu macam straw tu pada tiub, kemudian tayar akan mengembang dan tempat bocor akan tertampal. Kalau terjadi tengah malam, anda boleh terus pulang ke rumah dengan selamat dan cari bengkel keesokannya. Mudah kan?

2. Roadside Emergency Kit

Source: wish.com

Semasa tayar pancit, atau bateri kereta kong anda sangat memerlukan benda ni. Lebih-lebih lagi segi tiga amaran tu untuk bagi amaran pada kenderaan lain. Tak mahal pun. Anda boleh dapati secara online pada harga bawah RM 70 untuk 6 jenis alatan kecemasan termasuk segi tiga amaran, sarung tangan, lampu suluh, duck tape dan kabel bateri. Nak set yang lagi lengkap pun ada, biasanya harga dalam RM 200++.

 

3. Pemotong Tali Pinggang & Pemecah Tingkap

Source: lelong.com.my

Alat kecil seakan keychain kereta ni nampak biasa. Tapi sangat hebat kerana mempunyai fungsi 2 dalam 1. Ia boleh memotong tali pinggang atau pun memecahkan cermin kereta. Bayangkan kalau kereta anda jatuh dalam air? Memang sangat berguna bukan? Antara brand paling popular ialah Resqme. Anda boleh dapatkan alat ni pada harga bawah RM 30. Jadi, gantikan keychain anak patung anda tu dengan alat ni. Tak rugi pun.

 

4. First Aid Kit

Source: lazada.com.my

Nampak remeh. Tapi bayangkan anda dalam perjalanan jauh dan tiba-tiba jari anak anda tersepit dan berlaku pendarahan. Jadi tak rugi kalau anda turut sertakan alat ni dalam kereta. Sebelum ke hospital atau klinik berdekatan, anda akan dapati alat ni sangat penting. Antara perkakas asas yang ada ialah seperti pembalut, salap anti-bakteria, gunting kecil serta kapas. Harga pun berpatutan. Ada yang semurah RM 15.

 

5. Powerbank Telefon Dan Soket Kereta 12V

Source: productnation.co

Source: pandulaju.com.my

Tau tak bateri telefon cepat habis kalau anda menggunakan khidmat Waze atau Google Maps? Jadi benda penting yang anda perlu ialah powerbank telefon atau pun soket kuasa 12V yang boleh cucuk pada pencucuh rokok dalam kereta tu untuk cas bateri telefon anda. Mana-mana pun boleh mengikut kesesuaian. Kedua-dua alat ni anda boleh dapati di kedai aksesori telefon. Soket kuasa tu harga bawah RM 10 pun banyak. Manakala powerbank telefon pula anda boleh dapati pada harga RM 60 dan ke atas.

 

 

6. Jumper Kereta / Car Powerbank

Source: m.dhgate.com

Jangan tertukar. Ni bukan untuk cas bateri telefon. Ni untuk kes kalau bateri kereta anda kong. Selain guna cara yang agak traditional seperti guna jumper kereta, alat ni lebih senang untuk digunakan. Tak mahal pun. Ada berlambak di pasaran dengan harga bermula dari RM 80. Senang je, tak payah susah-susah cari kereta member semata nak start kereta.

 

7. Payung Terbalik

Source: tokotjetoen.com

Tahukah anda, banyak kes jenayah yang target pada wanita semasa hujan? Sebab penjenayah tahu masa yang diambil agak lama untuk tutup payung tu dari dalam kereta. Kena pulak pegang anak kecil dan nak tutup payung. Bahaya kan? Tapi kalau pakai payung terbalik, ia lebih mudah dan cepat. Payung ni agak viral beberapa tahun lepas. Harga pun berbaloi, dari RM 35 hingga ratusan ringgit bergantung kepada kualiti.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *