Pasca COVID-19: Betul Ke Pekerja Sektor Kerajaan Yang Paling Mampu Beli Kereta Selepas PKP?

Source: says.com

Mengikut kaji selidik Tinjauan Awam Malaysia, sebanyak 88.2 peratus rakyat Malaysia percaya kehidupan selepas Covid-19 tidak akan kembali normal. Mereka berkemungkinan akan meminimumkan nafsu membeli (melebihkan keperluan berbanding kehendak) kerana khuatir kes seperti COVID-19 bakal berulang. Maka, lebih ramai yang memilih untuk menyimpan wang berbanding menggunakannya.

Maka, sektor automotif dijangka suram untuk tempoh yang agak lama, dan ia bakal menggugat perniagaan dan pekerjaan dalam industri automotif. Mimpi ngeri ini telah dikongsi oleh seorang pemerhati pasaran kepada New Straits Times bahawa 50,000 pekerja dari industry automotif bakal kehilangan pekerjaan kerana kebanyakan syarikat tidak mampu menjual kenderaan selain lambakan stok dan hilangnya kuasa membeli di kalangan rakyat marhaen akibat COVID-19.

Senang cerita, siapa nak beli kereta kalau ekonomi teruk atau mereka terpaksa berjimat? Kalau sebelum ni pekerja sektor swasta mungkin agak ‘mewah’ dari segi tahap gaji berbanding pekerja di sektor kerajaan. Namun realitinya sepanjang PKP ni, sudah ramai pekerja swasta termasuk yang sudah ‘permanent’ diberhentikan kerja.

Source: youtube.com

Lain pula dengan pekerja kerajaan dimana pendapatan bulanan dan pekerjaan mereka dijamin. Selain dapat jimat kos ke tempat kerja, kos makan di luar dan sebagainya, kebanyakan mereka juga mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bahkan pesara dan penjawat awam Gred 56 ke bawah pun dapat. Sampai baru-baru ni ada rakyat kurang setuju kerana kata mereka, bantuan itu tidak perlu sebab gaji penjawat awam tersebut masih berjalan masa PKP. Dah pulak. Akhirnya golongan cikgu jugak yang jadi mangsa. Haritu kan dekat social media golongon guru diserang. Katanya tak aci cikgu gaji full sedangkan tak pergi sekolah. Dah la dapat ‘extra money’ daripada kerajaan pulak. Ok, no komen.

Jadi, mengikut beberapa pakar ekonomi, golongan penjawat awam inilah ‘penyelamat’ kepada industry automotif. Kenapa? Pertama, gaji masuk full walaupun tak kerja. Kedua, dapat bantuan kerajaan lagi. Ketiga, mereka inilah golongan yang mampu ada ‘duit lebih’ atau wang tambahan sepanjang PKP. Keempat, interest rate kepada golongan pekerja kerajaan ni kan memang tersangatlah rendah. Maka mereka dijangka mampu merangsang pembelian kereta. Berbeza pula dengan pekerja sektor swasta yang banyak terpaksa menganggur akibat banyak business lingkup. Duit kurang, macam mana nak beli kereta kan?

Anda rasa betul ke ramalan pakar ekonomi atau pemerhati pasaran tu? Mungkin ada betulnya. Lainla kalau anda ni bos macam dalam drama Melayu tu. Yang ada pekerja sampai 250,000 orang! Dia punya kaya tu dah level kalau PKP 100 bulan pun takde effect. Hari-hari boleh tukar kereta baru. Kan? Alahai..

Source: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *