Pasangan Masih Degil Nak Pasang Car Seat Untuk Anak? CRS Wajib Mulai 1 January 2020

Source: driving.co.uk

Masih ada segelintir ibu bapa yang keras kepala, jenis degil nak pasang car seat untuk anak tersayang. Kadang-kadang tu si ibu la yang pegang anak. Dah la duduk seat depan dengan anak, seatbelt sendiri pun tak pakai. Apatah lagi nak beli car seat untuk anak kan? Selain itu, alasan-alasan yang selalu kita dengar ialah:

1. Carseat Mahal La.

Source: dealnews.com

Bagi golongan kurang berkemampuan, isu car seat yang tengah hangat sekarang dikatakan membebankan sebab harga setiap car seat pun boleh tahan mahalnya. Tapi macam mana dengan ibu bapa yang boleh pakai kereta mewah, rumah dan tanah boleh beli berekar-ekar. Tapi bab beli carseat jadi kedekut macam Haji Bakhil? Sekarang dah takde alasan okey? Sebab kerajaan dah umumkan CRS (Child Restraint System / kerusi keselamatan kanak-kanak) adalah WAJIB bermula 1 Januari 2020! Kerajaan juga turut bagi cadangan mengecualikan cukai SST untuk pembelian carseat.

2. Anak Aku Ni Taknak Duduk Dalam Carseat. Nanti Meragam.

Source: newstalkzb.co.nz

Si ayah bukan main menabung beli carseat anak. Tapi si mak pulak hati tisu. Kalau bagi nasihat, dia kata kita tak faham situasi. Pernah dengar “Ala, anak kau jenis duduk diam okay la. Anak aku ni lain”. Yeala akak…Bukan anak akak sorang macam tu. Sedangkan yang tua pun selalu mood swing dan tantrum, apatah lagi budak. Biasa la budak lebih-lebih lagi yang bayi tu menangis. Kan? Yang penting kena disiplin awal-awal. Lagipun untuk kebaikan dia jugak. Setuju?

3. Buat Apa Carseat. Bini Aku Boleh Jaga Anak Aku Dalam Kereta.

Source: carinsurance.arrivealive.co.za

Alasan macam ni biasa dipakai oleh golongan ayah. Dia rilex memandu, bini pulak pangku anak atas riba kat sebelah. Bang, kalau kedekut nak beli carseat terus terang je la. Ni serba-serbi bini tanggung. Kalau selamat sampai destinasi okay la. Kalau jadi apa-apa yang tak diingini? Sekali lagi bini jugak yang dipersalahkan. Pernah jumpa golongan ni? Berlambak!

 

4. Tilam Kereta Lebih Selesa Dari Carseat

Source: shopee.com.my

Pernah ternampak iklan tilam kereta jenis inflatable tak? Banyak jual kat online dengan harga yang sangat murah. Bawah RM 100 dah boleh dapat. Tapi tahukah anda? Tilam ini sangat bahaya untuk digunakan? Walaupun kerajaan dan pihak berkuasa dan pun mengharamkan penggunaan tilam ni disebabkan tiada ciri keselamatan langsung, tapi masih ramai yang beli. Anda boleh bagi alasan perjalanan jauh, nak selesa. Nasihat pada yang suka sangat bagi alasan nak selesa tu, sila beli RV, bukan beli kereta. Tau RV? Yang macam bus siap ada katil, dapur semua tu.

Source: coachhouserv.com 
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *