Panggang Daging ‘Kuda Pink’ Guna Ekzos Lamborghini? Dahsyat!

Sumber imej: odditycentral.com

Satu video yang tular di China telah mencetuskan kemarahan daripada kalangan masyarakat selepas beberapa pemuda dilihat sengaja merosakkan kereta mewah jenis Lamborghini sebagai hiburan. Apa yang pemuda kaya itu buat? Mereka telah pun melakukan satu hal yang agak pelik, iaitu memanggang daging ‘kuda pink’ atau khinzir pada ekzos kereta Lamborghini miliknya. Lagi menarik, ‘masakan istimewa’ mereka itu kini turut dikenali sebagai khinzir panggang paling mahal di dunia, selepas kejadian itu menyebabkan kerugian sekitar US$80,000 (RM 328,000) untuk membaiki segala kerosakan pada kenderaan mewah tersebut.

Sumber imej: flipboard.com

Mana tak banyak kos penyelenggaraan kalau sampai bocor dan meletup tangki air kereta tu kan. Bagi kita kos tu mungkin banyak. Tapi bagi golongan kaya kurang cerdik macam ni, buat la apa sahaja asalkan mereka dapat publisiti sudah cukup.

Jika dilihat melalui video yang tular itu, mereka kelihatan memang dah sengaja nak buat macam tu pada kereta tu. Sebab, pemuda itu bersama beberapa rakannya berkumpul di sebuah garaj di Changsha, sebelum dia dilihat menekan pedal minyak sekuat hati sambil rakannya membakar daging pada ekzos. Selepas beberapa lama, tangki air meletup dan asap putih keluar dari kenderaan tersebut. Mereka tidak kelihatan kecewa walau sedikit pun, malah masih boleh tersenyum dan ketawa! Apa jadi pada daging tu ek? Boleh dimakan ke?

Sumber imej: hmetro.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *