PANDU UJI VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE. SUV ORANG KAYA YANG BIJAK MEMBELI.

Baru-baru ini kami telah mendapat peluang untuk pandu uji sebuah Volkswagen Touareg R-Line daripada Federal Auto Cars Sdn Bhd. Boleh saya katakan untuk sesiapa sahaja yang tidak suka sebuah SUV kerana saiz dan beratnya, akan berubah fikiran selepas mereka sendiri memandu uji Volkswagen Touareg R-Line. Walaupun dengan saiz badan yang besar (L: 4878mm, W: 1984mm, H: 1717mm) dan berat 2,143 kg namun ternyata SUV yang menggunakan enjin 3.0 TSI ini terasa ‘ringan’ dan penuh berkuasa. Maka tidak hairanlah jika SUV gah ini boleh menghasilkan 335 hp dan 450 Nm tork dan mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 6 saat sahaja!

Apa lagi yang kami suka tentang Volkswagen Touareg R-Line ini? Kenapa kami rasakan sememangnya Volkswagen Touareg R-Line berada di kedudukan paling atas sebagai SUV mewah dengan harga paling berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki? Sehingga ada antara kami yang terfikir untuk menukar Porsche Macan isterinya kepada Volkswagen Touareg R-Line? Wah!
- Kemampuan Luar Biasa
Tahukah anda Volkswagen Touareg R-Line merupakan antara jentera paling gagah yang pernah dihasilkan oleh Volkswagen? Walaupun ianya sebuah SUV mewah yang sering dilihat sebagai ‘manja’ namun ternyata kekuatannya sangat memukau. Maka tidak hairanlah jika kekuatan menunda SUV hebat ini adalah ia mampu untuk menunda sehingga 7,700 paun atau bersamaan dengan 3,500kg berat? Bukan itu sahaja, Volkswagen Touareg R-Line juga turut mempunyai tujuh mod pemanduan termasuk Eco, Normal, Comfort, Sport, Individual, Off-road dan Snow. Malah ia juga mempunyai suspensi udara yang boleh dilaras secara automatik. Jika anda nak pandu Volkswagen Touareg R-Line untuk meredah hutan dan anak sungai pun boleh, sebab SUV ini mampu meredah air setinggi 550mm!
- Harga Paling Berpatutan Berbanding Pesaing
Volkswagen Touareg R-Line menawarkan nilai yang terbaik untuk sebuah SUV mewah dan lebih berpatutan berbanding pesaingnya yang lain yang turut menggunakan platform yang sama. Contohnya seperti Lamborghini Urus, Bentley Bentayga, Audi Q8 dan Porsche Cayenne yang mana harga mereka bermula daripada RM 700 ribu sehingga mencecah jutaan ringgit. Namun untuk Volkswagen Touareg R-Line, harga yang ditawarkan adalah bermula daripada RM 384,972. Memang berbaloi sangat!
@automologychannel Setanding SUV mewah yang lain tapi jauh lebih murah. Inilah Volkswagen Touareg R-Line. Pergi ke Federal Auto untuk test drive. #volkswagen #touareg #reviewkereta
♬ Reach For The Stars – Adriane Palikat
- Teknologi Serba Canggih
Antara kelebihan SUV ini berbanding pesaingnya yang lain adalah ia mengetengahkan sistem lampu atau teknologi pencahayaan terbaik dunia: IQ LIGHT HD MATRIX. Menariknya, teknologi pencahayaan ini menggunakan 38,000 unit LED mikro yang memberikan pencahayaan yang maksimum namun tidak menyilaukan pemandu lain. Selain itu juga, Volkswagen Touareg R-Line ini sememangnya dilengkapi dengan ciri keselamatan IQ.Drive yang merangkumi Night Vision. Jadi, buat orang berkemampuan di luar sana yang sedang mencari sebuah SUV yang mempunyai ciri keselamatan, prestasi dan terlihat gah namun inginkan penjimatan berganda, anda semua boleh terus ke mana-mana bilik pameran Volkswagen di Malaysia sekarang!