Orang Ternama Yang Maut Dalam Kemalangan Tragis

Source: metro.co.uk

Walaupun menaiki kereta mewah bersama pemandu terlatih, kemalangan jalan raya boleh menyebabkan kematian, termasuk kepada golongan ternama dunia. Dari kemalangan yang berpunca dari kesilapan teknikal, kecuaian sehingga kospirasi pembunuhan terancang, ini merupakan senarai kemalangan maut yang pernah menggemparkan dunia.

1. Puteri Diana – 31 Ogos 1997

Source: sepheritbuddy.com

31 Ogos 1997. Merupakan satu tarikh yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-40. Namun ia juga merupakan tarikh keramat bagi masyarakat dunia apabila Puteri Diana atau Princess of Wales telah terlibat dalam kemalangan maut di Paris. Kemalangan tersebut turut meragut nyawa kekasihnya, Dodi Al-Fayed serta pemandunya, Henri Paul. Mengikut keterangan, punca kemalangan di dalam terowong itu adalah disebabkan oleh percubaan mangsa untuk meloloskan diri dari paparazzi yang sememangnya rakus untuk mendapat sebarang berita berkaitan dengan Puteri Diana, yang merupakan ‘international icon’ pada ketika itu. Namun lebih mengejutkan apabila rakan karib Puteri Diana mendedahkan sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Puteri Diana pada Oktober 1996, bahawa dia dalam bahaya dan ada orang ingin membunuh beliau di dalam kecelakaan jalanraya.

2. Paul Walker – 30 November, 2013

Source: abcnews.go.com

Bagi peminat siri filem Fast & Furious, mesti kenal dengan pelakon utamanya iaitu Paul Walker yang memegang watak sebagai Brian O’Conner. Walaupun dalam filem si Brian berjaya ‘menepis’ maut dalam aksi kejar-mengejar, namun realitinya tidak begitu. Tanggal 30 November 2013, Paul Walker telah ditemui maut bersama rakannya, Roger Rodas yang juga pemandu Porsche Carrera GT. Kereta mereka dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok dan terbakar di Santa Clarita, California. Akibat dari itu, anak tunggal Paul Walker, Meadow Walker, telah mendapat pampasan bernilai AS$ 10.1 juta (RM 39 juta).

3. WWF Randy Savage ‘Macho Man’ – 20 May 2011

Source: bleacherreport.com

Bagi peminat sukan gusti WWF (sebelum ditukar kepada WWE) pada era 1980an–1990an, siapa yang tak kenal Randy Savage ‘Macho Man’? Bakatnya dikatakan sama level dengan Hulk Hogan, juga lagenda popular sukan gusti dan pernah menjadi 2 kali juara WWF World Heavyweight Championship. Namun tanggal 20 May 2011, Randy dan isterinya telah terlibat dengan sebuah kemalangan di Florida. 10 hari sebelum kematiannya, dia pernah berpesan kepada adiknya supaya sekiranya dia meninggal dunia, dia ingin abu mayatnya diletakkan di bawah sepohon pokok di Largo, Florida.

 

4. James Dean – 30 September 1955

Source: thesun.co.uk

James Dean, pelakon lagenda seangkatan dengan Marilyn Monroe merupakan pelakon sensasi pada era 1950an. Filem paling popular beliau ialah Rebel Without a Cause (1955) yang telah mencetuskan idea buat Malay Film Production (Shaw Brothers) untuk membuat penggambaran filem Hang Tuah (1956) sebagai filem berwarna. Populariti James Dean pada ketika itu juga telah membuatkan P.Ramlee mendapat jolokan James Dean Malaya. Tanggal 30 September 1955, James Dean telah menemui ajal pada usia 24 tahun semasa memandu Porsche 550 Spyder di U.S Route 466. Kalau nak tau, 2 jam sebelum kemalangan, dia telah mendapat surat saman akibat memandu laju.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *