Orang Asia Tenggara Memang Suka Motosikal. Gunakan Ini Kalau Sayangkan Motosikal Anda

Sekiranya anda menetap di mana-mana negara yang termasuk dalam Asia Tenggara, anda pasti akan perasan tentang sesuatu, iaitu masyarakat Asia Tenggara sangat suka menggunakan motosikal. Tidak kira motosikal kecil, besar, untuk kegunaan dalam kampung atau juga di bandar, anda akan lihat motosikal berada di mana-mana.

Maka tidak hairanlah jika jumlah motosikal di negara-negara Asia Tenggara adalah antara yang tertinggi di dunia. Ini termasuk Malaysia (10 juta), Filipina (18 juta), Thailand (21 juta), Vietnam (70 juta) dan Indonesia (125 juta). WOW!

Sumber imej: reddit.com

Mungkin orang-orang di benua lain seperti di Eropah agak pelik kenapa orang Asia Tenggara suka motosikal. Iyalah, di negara mereka sangat jarang kita dapat lihat motosikal seperti di negara-negara di Asia Tenggara. Mana nak jumpa motor kapcai kat negara mereka kan? Paling tak pun mereka menggunakan motosikal berkuasa tinggi macam Ducati, Kawasaki GPZ900R, Triumph Speed Triple atau Harley Davidson. Mana mau nya si Tom Cruise nak naik kapcai dalam Mission Impossible. Kan?

Sumber imej: astroawani.com

Sebenarnya, banyak sebab kenapa orang Asia Tenggara suka gunakan motosikal, antaranya termasuk juga atas faktor peluang pekerjaan dan ekonomi gig di mana syarikat seperti Gojek, Grab, Uber dan juga Foodpanda menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran makanan yang kelihatan semakin berkembang pesat. Malah masyarakat kita juga beranggapan bahawa peluang pekerjaan seperti ini memberikan lebih kebebasan buat mereka untuk bekerja sendiri walau di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa.

Sumber imej: e.vnexpress.net

Jadi, adakah anda salah seorang daripada penunggang motosikal? Kalau anda menggunakan motosikal itu untuk mencari rezeki, maka sudah tentu anda inginkan motosikal dengan prestasi yang memukau bukan? Oleh itu, tidak salah sekiranya sesekali anda ‘belai’ motosikal dengan produk yang mampu menjaga enjin sekali gus meningkatkan prestasi motosikal anda. Di sini kami ingin mengumumkan bahawa X-1R (yang terlibat dalam Program Angkasa NASA) kini bukan sahaja mempunyai produk untuk kereta, malah untuk motosikal pun dah ada!

Yang pasti, produk keluaran terbaharu mereka iaitu X-1R Motorbike Formula ini mampu untuk meningkatkan kuasa motosikal sehingga 10 peratus atau mungkin juga lebih. Selain itu, produk ini juga mampu mengurangkan pelepasan, mengurangkan getaran, mengurangkan suhu enjin dan tahap penggunaan bahan api juga lebih jimat!

Caranya sangat mudah. Hanya tuang dan jalan! Kami jamin bahawa sachet 45ml ini mampu membuatkan anda lebih berpuas hati dengan prestasi motosikal anda!

  • Anoynomous
    August 18, 2023 - 1:17 pm

    Salah tu.. Food Panda ,Grab,Gojek,Uber itu samping bukan penyebab utama… Org asia suka naik moto sebab moto murah,minyak murah,kerosakan murah.. Dari golongan miskin sampai golongan sederhana mampu beli dan pakai motosikal.. Kebanyakan negara asia adalah negara yg baru membangun, dan sesetengahnya masih miskin.. Rakyat pun dlm peratus yg besar berpendapatan rendah dan alternatif yg sesuai utk bergerak adalah motosikal… GRAB, FOOD PANDA,GOJEK, UBER, Boleh di kira jumlahnya biarpun ramai..Tp jumlah pengguna motosikal bukan GRAB,UBER dsb… Tersangat sangatlah ramai..

    0Vote Up0Vote Down

Your email address will not be published.