Nostalgia Balik Beraya. Redah Apa Sahaja Demi Keluarga Tercinta
“Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hati ku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain di mata..”
Tipu la kalau korang tak pernah nyanyi lagu Balik Kampung daripada Allahyarham Sudirman ni masa dalam perjalanan balik beraya, tak kira masa dulu-dulu atau sekarang. Bila musim raya, beratus kilometer pun sanggup diredah demi keluarga tersayang kan? Tak kisah la naik kereta, bas, kereta api atau ride motor, semua tu boleh tolak ke tepi asalkan selamat sampai ke kampung halaman.
BALIK KAMPUNG GUNA KENDERAAN AWAM
Masa zaman ni, bukan semua orang mampu memiliki kereta macam sekarang. Jadi, public transport adalah pengangkutan utama yang digunakan. Siap berebut-rebut siapa boleh naik bus dulu. Paling epic, biasanya ayah-ayah akan naik dulu then angkut anak ikut tingkap bus. Orang kata benda boleh masuk ikut tingkap, buat apa guna pintu. Nostalgia gila kan?
Kalau tak nak redah jem, boleh la naik kereta api atau kapal terbang. Confirm lebih selesa dan tak pening kepala. Yang naik kereta api boleh enjoy pemandangan indah di kawasan kampung, sawah padi dan nampak rumah pasang pelita. Memang lebih syok setiap kali pulang ke kampung untuk sambut hari raya dengan melihat suasana macam ni. Bagi yang ‘have-have’ pula, mungkin paling selesa naik kapal terbang je. Tiket mestilah nak beratus hingga ribuan ringgit. Sedang orang lain bersesak di jalan raya, korang dah siap landing.
4 Tips Hebat Jimatkan Minyak Bila Balik Beraya.
Balik kampung, jalan jem. Minyak pulak nak habis. Apa nak buat?
PERJALANAN JADI 20 JAM SEBAB JEM
Tak tau nak cakap ni sebagai nostalgia ke mimpi hitam setiap tahun di musim perayaan. Tapi yang penting semua orang ‘pernah’ merasa pengalaman ‘manis’ ni. Kalau zaman dulu, perjalanan balik beraya memang lama sebab keadaan jalan pada masa tu. Contohnya di zaman 90an, sebelum lebuhraya siap dibina. Masa ni terpaksa ikut jalan berliku-liku yang sempit dua hala tu melalui pekan kecil sepanjang jalan.
Paling stress bila banyak pulak lori dan bas di depan yang nak kena potong. Tapi masa ni boleh berpeluang tengok suasana meriah di kampung-kampung Melayu. Syok weh! Macam sekarang pulak, walaupun dah banyak highway, still jem jugak. Tu berpunca dari jumlah kereta yang meningkat. Yang ni tak syok!
SANGGUP MEMBONCENG MOTOR ASAL DAPAT BALIK BERAYA
Mata masuk habuk pulak tengok gambar yang pernah viral tahun lalu ni. Di saat kita complain jalan jem sana sini, at least duduk dalam aircond, selesa untuk balik beraya. Rider 3 orang ni memang jiwa kental sungguh. Gambar ibu tunggal dan 2 anak tu balik beraya dari Kuantan ke Taiping. Bayangkan redah 495km naik motor. Gambar yang bapa bersama 3 orang anak pula dari Sepang ke Pulau Pinang (412km). Mengikut bapa tersebut, itu sahaja kenderaan yang mereka ada. Kesian kan? Kalau yang gambar last tu abang dengan kucing kesayangan. Boleh pulak cik meow kat atas beg belakang tu tidur? Lain kali letak la dalam cage, selamat sikit kucing comel tu. Apa-apa pun, tahniah pada rider-rider yang gigih balik beraya berpanas berhujan demi menyambut Raya yang bakal tiba!
Ini semua nostalgia tau. Satu kenangan yang boleh korang share pada anak-cucu kelak. Mana la tau kot masa tu masing-masing dah bawak kereta terbang. Mana nak merasa semua ni. Macam lirik Dendang Perantau daripada Allahyarham P.Ramlee:
“Apakan daya masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu dendang perantau..”
SELAMAT HARI RAYA!
P/S: Alang-alang nak balik beraya tu kan, jom jimatkan minyak kereta dengan X-1R Petrol Treatment. Nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke laman web X-1R. Siap ada promosi Petrol Treatment FREE tau! Balik kampung..oooo…balik kampung..hati girang…