Nissan Buat Kereta Untuk Kucing?

Sumber imej: autoblog.com

Jika sebelum ni banyak syarikat pengeluar kereta menggunakan haiwan seperti anjing untuk mempromosikan keluaran terbaru mereka, lain pula pendekatan yang digunakan oleh syarikat Nissan apabila mereka memilih untuk bekerjasama dengan beberapa pemilik kafé kucing di Jepun untuk mempromosikan Nissan Dayz.

Kafé kucing? Bagi pencinta haiwan, khususnya kucing, memang akan sangat menyokong promosi ni. Bayangkan anda ke kafé kucing dan melihat si bulu comel ni ‘memandu’ kereta Nissan Dayz. Walaupun kereta yang kucing tu guna hanyalah diperbuat daripada kadbod, tapi sekurang-kurangnya memang promosi mereka kali ni menjadi. Mana tidaknya, ramai peminat kucing dan pengguna media sosial akan mengambil gambar haiwan comel ini bersama kereta tersebut dan jadikan gambar itu tular di media sosial. Bijak jugak ‘marketing strategy’ mereka ni. Orang kata ‘free marketing’ sebab semua orang biasanya akan kongsi benda yang comel macam ni.

Untuk pengetahuan anda, Nissan Dayz merupakan kei car yang dijual oleh Nissan di Jepun dengan sistem bantuan pemanduan ProPilot. Apa itu kei car? Kei car ialah sejenis kereta ‘light automobile’ atau Japanese microcar yang juga merupakan kategori kereta paling kecil di Jepun. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2013, lebih daripada 430,000 sudah pun terjual yang mana harga yang dijual di Jepun ialah bermula dari 1.27 juta yuen (bersamaan RM 46,768).

 

Sumber imej: wapcar.my, autoblog.com, careta.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.