Nissan Bakal Tamatkan Pengeluaran Kereta Sedan Di Jepun
Read our coverage on this topic in English here.
Nissan Motor Japan dikatakan bakal menamatkan pengeluaran kesemua kereta sedan di Jepun, selepas mereka mendapati kenderaan jenis sport utility vehicles (SUV) adalah lebih popular dan digemari di sana. Jadi, sekiranya betul desas-desus yang dilaporkan, maka kesemua kereta sedan jenama Nissan termasuk Cima, Fuga, Sylphy dan juga yang paling popular iaitu Skyline akan terkesan.
Kita sedia maklum bahawa Nissan merupakan antara salah satu daripada syarikat pengeluar kereta terbesar dunia, namun kini minat mereka mula beralih arah kepada kenderaan elektrik dan juga model SUV. Untuk pemilik kereta Nissan di luar sana (Malaysia), jangan rasa takut pula. Sebab laporan tentang Nissan nak tamatkan pengeluaran kereta jenis sedan ini hanyalah untuk pasaran negara Jepun sahaja. Maksudnya untuk negara-negara lain selain Jepun, mereka masih akan meneruskan jualan atau pengeluaran sehingga pengumuman seterusnya akan dilakukan kelak.
Lagipun, kereta Nissan jenis sedan di luar negara selain Jepun dikatakan agak memberangsangkan dengan jumlah jualan sekitar 950,000 pada tahun 2020. Walaupun jumlah jualan pada tahun 2016 adalah jauh lebih tinggi (1.7 juta) namun model Nissan sedan masih lagi popular di China. Disebabkan nama Skyline itu sangat terkenal, mereka juga mungkin akan menggunakan nama tersebut bagi SUV dan kereta elektrik mereka kelak.