Netizen Malaysia Kreatif. Ubah Poster Asal BMW VS Mercedes-Benz

Umum ketahui bahawa syarikat automotif gergasi iaitu BMW dan Mercedes-Benz memang sering menjadi pesaing sejak sekian lama. Walaupun kedua-dua syarikat ini mempunyai gaya dan peminat tersendiri, namun kadangkala iklan yang dilakukan mereka sebenarnya seakan satu bentuk ‘provokasi’ di antara satu sama lain. Contohnya seperti iklan poster di bawah:

1. Poster BMW (Auto Bavaria) pada 4 September 2021. “BMW, Always Ahead” dan kelihatan sebuah kereta jenama Mercedes-Benz di ‘belakang’.

Sumber imej: facebook.com

2. Poster Balas Balik Mercedes-Benz pada 5 September 2021. Kelihatan sebuah BMW tersadai di bahu jalan dengan trak tunda.

Sumber imej: facebook.com

Untuk pengetahuan, perang poster ni sebenarnya di antara syarikat pengedar rasmi kenderaan jenama mewah tersebut, iaitu terdiri dari Auto Bavaria (BMW) dan BR-Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz). Yang pasti, perang poster itu telah menarik minat ramai netizen Malaysia. Untuk menambahkan lagi ‘hiburan’, ada antara mereka yang turut kongsikan poster yang telah di ‘edit’ oleh mereka. Eh, Perodua Myvi mana boleh kalah. Mesti muncul di mana-mana. Selain itu abang polis, awek Thailand dan kereta api pun ada lah!

Sumber imej: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *