Nak Kereta Murah? JPJ Kelantan Nak Lelong 75 Kereta Dengan Harga Serendah RM120

Sumber imej: kosmo.com.my

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kereta lelong, ada berita baik untuk anda. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bakal melelong 75 kenderaan dilucut hak bermula 11 hingga 18 Julai 2021, dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Harganya pula cukup menarik dimana kereta-kereta itu bakal dilelong pada harga serendah RM120 hingga RM11,800.
Menariknya, kesemua kereta itu akan dilelong (tawaran sebut harga) secara dalam talian atau online untuk mengelakkan orang ramai yang berminat daripada berpusu-pusu berkumpul di pejabat JPJ Kelantan. Lelong-lelong juga, tapi SOP mesti dijaga. Okey?

Sumber imej: hmetro.com.my

Ada pelbagai jenis kenderaan yang bakal dilelong. Antaranya Honda Odyssey, Toyota Wish, Proton Iswara, Proton Saga serta Honda Jazz. Mengikut Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, lima peratus daripada harga tawaran akan dikenakan sebagai nilai deposit sebut harga dan semuanya mesti dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Anda rasa tertarik? Apa lagi, cepat-cepat la hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6117 atau 09-766 6905. Selain itu anda juga boleh layari laman Facebook rasmi mereka di JPJNegeriKelantanOfficial. Tak rugi mencuba.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *