Nak Beli Kereta Terpakai Dari Jepun? Ketahui Cara Untuk Elak Ditipu Dengan Scrut.my

Source: angielist.com

Tahukah anda rakyat Malaysia merupakan pembeli No.1 kereta terpakai dari negara Jepun. Kereta secondhand atau recon, kedua-duanya menjadi pilihan utama peminat kereta berjenama. Nak beli yang baru agak mahal, jadi memang trend orang kita akan beli kereta luar yang selalunya diimport dari negara matahari terbit ni.

Kalau dulu, anda mungkin senang tertipu dengan harga tawaran kereta yang kelihatan ‘seperti baru’. Anda juga mungkin mudah termakan kata-kata salesman yang jual kereta tersebut kepada anda. Kononnya accident free, lady owner, VIP owner, mileage rendah dah sebagainya. Paling cliché jawapan dari salesman ialah orang Jepun bawak kereta bukan macam orang kita, kadar kemalangan sana rendah dan sebagainya. Walhal, kereta yang dijual merupkan kereta yang dah melalui proses repair yang banyak akibat pernah terlibat dengan kemalangan dengan teruk sekali.

Source: precisionautonewyork.com

Cuba bayangkan ini keadaan kereta anda yang sebenar sebelum masuk ke pasaran Malaysia? Nak beli tak? Sudah tentu tak nak. Jadi macam mana cara nak elak dari kena tipu? Mudah je sebenarnya. Gunakan SCRUT.my.

 

Cara-caranya anda cuma perlu ke laman web scrut.my, masukkan nombor VIN kereta dan bayar kos servis sebanyak hanya RM 50. Kemudian, nah! Laporan tentang semua data berkenaan kereta tu akan keluar. Jadi, salesman tidak lagi boleh menipu anda sesuka hati sebab report dari Scrut.my akan membuktikan segala-galanya termasuk record kemalangan dan gambar kereta semasa di Jepun. Anda juga boleh ikuti cara step-by-step seperti gambar di bawah:

Source: dsf.my

Mudah bukan? Haaa.. kalau nak tahu Scrut.my ni jugaklah yang pernah kecoh sampai viral di Facebook apabila ada lelaki cuba untuk cari dan ugut orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan Scrut.my ni kepada rakyat Malaysia. Yeala, dia kata Scrut.my ni menutup periuk nasi salesman macam dia. Walhal, Scrut.my ni memang sangat bagus sebab ia membantu ramai rakyat kita membuat keputusan yang lebih bijak dan boleh elakkan pengguna dari terus ditindas dan ditipu.

Macam tagline Scrut.my sendiri cakap, “Get SCRUT before we get Screwed!” Setuju tak?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *