Musim Raya Baru Sibuk Nak Baiki Jalan Di Lebuhraya KL-Karak? Terpaling Buat Kerja

Pelik bin ajaib sungguh bila fikir tentang situasi yang dialami oleh pengguna jalan raya di musim perayaan di Malaysia, khususnya yang menuju ke arah Pantai Timur. Sudahlah beberapa hari lepas orang mengamuk apabila jalan utama di Gua Musang ditutup untuk tujuan kerja pemasangan cerucuk jambatan. Terbaru, ramai pula yang marah selepas Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak Anih Berhad. ANEH!

Sumber imej: facebook.com

Macam mana orang tidak marah apabila perjalanan dari tol Gombak ke tol Bentong pun sudah mengambil masa antara 3 hingga 6 jam! Pada mulanya ramai warga perantau yang ingatkan jalan sesak teruk disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Rupa-rupanya jalan sesak disebabkan oleh kerja penyelenggaraan dari KM20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong. Tiada masa lainkah yang mereka ada untuk buat penyelenggaraan? Memang betul mereka buat kerja untuk bagi keselesaan kepada kita namun sepatutnya mereka kena la rancang awal-awal. Ini tidak, dah hampir nak raya bila warga perantau dah berpusu-pusu nak balik kampung halaman juga dia pergi korek dan tampal jalan.

Sumber imej: facebook.com

Disebabkan bengang dengan keadaan ini, ramai netizen yang nampaknya ‘menyerang’ akaun Facebook Lebuhraya Pantai Timur. Bukan main mereka suruh perantau rancang perjalanan. Tapi pihak pengurusan lebuhraya sendiri macam tiada perancangan langsung. Malah ada yang suruh azan ke telinga pengurusan tertinggi LPT, supaya mereka lebih pandai urus tadbir perkhidmatan. Setuju ke tidak?

Sumber imej: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.