PEUGEOT MR BEAN DILELONG PADA HARGA RM 114,000

mr bean

Pelakon Mr. Bean iaitu Rowan Atkinson bakal melelong Peugeot 205 Hot Hatch GTi miliknya, yang mana kereta klasik tersebut sangat jarang digunakan sejak dibeli tiga tahun lepas. 

Kereta keluaran 1989 itu hanya pernah melakukan perjalanan sejauh 482.80 kilometer dan bakal dijual pada harga mencecah £20,000 atau bersamaan dengan RM 114,000 di Classic Car Auctions di Leamington, Marks.

Like a number of hot hatches from the same generation, the price of these increasingly rare cars has been soaring in the last few years. Here're how much it could make
Sumber imej: thisismoney.co.uk

Untuk pengetahuan, kenderaan berusia 35 tahun ini merupakan antara ‘Hot Hatch’ paling popular dan digilai ramai pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ia dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1.6 liter dan kelajuannya pula cukup hebat iaitu dari 0 hingga 100km/j dalam masa di bawah 9 saat. 

Bahagian dalamannya pula dikatakan sangat digemari oleh Atkinson yang mana ia mempunyai penyangga kain dan permaidani berwarna merah.

Taking into account the condition and famous owner, Hagerty UK tells us Rowan Atkinson's Peugeot 205 GTi should make around £40,000 when the hammer drops
Sumber imej: thisismoney.co.uk

Menurut jurucakap Classic Car, Peugeot 205 GTi sentiasa menjadi kenderaan popular namun amat sukar dicari lebih-lebih lagi dalam keadaan yang masih baik. Namun, mungkin kerana Rowan Atkinson adalah seorang peminat kereta, beliau sangat cermat dalam menjaga kenderaan miliknya. 

Sehingga kini, pelakon Mr. Bean itu juga dikatakan mempunyai pelbagai jenis kenderaan lain termasuk beberapa supercar yang bernilai £12 juta (RM 68 juta) termasuk McLarens, Bentleys dan juga Rolls-Royce.

Memang muka je nampak kelakar, tapi koleksi kereta dia boleh buat orang menangis! Rowan Atkinson's Million Dollar Ride Collection - YouTube
Sumber imej: youtube.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.