Wanita Sanggup Tunggang Motosikal Lebih 4 Jam ke Kuala Lumpur Untuk Menjual Sayur Segar
Seorang wanita yang Bernama Siti Norol Salwani Ismail tular di media sosial hari ini kerana sanggup menunggang motosikalnya dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur demi menjual sayur sayuran segar. Wanita ini mendapat idea secara spontan menjual sayuran ini kerana pernah terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar dengan harga yang mahal.
Sayuran ini juga dikutip sendiri dan beli dari penduduk Bukit Gantang dan berulang-alik setiap hari Sabtu untuk dijual di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dia menjual sayuran seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.
Di khabarkan, dia juga gembira dengan perniagaannya itu meskipun ada yang menasihatinya untuk hanya berniaga di kampung sahaja. Namun begitu, tidak lama kemudian motosikal lama yang sering ditunggangnya untuk ke Kuala Lumpur itu tidak lagi boleh bergerak jauh yang membuatkan usahanya itu terbantut.
Katanya, dia dalam usaha untuk menggantikan motosikalnya itu. Dia mula berniaga nasi kerabu dan laksam di kampung demi mengumpul deposit motosikal baru nanti.
Mari kita sama-sama mendoakan agar Siti dapat menggantikan motosikalnya secepat yang mungkin.