Miliki Suzuki Swift Sport 2021 Cuma Dengan 1.18% Interest Rate? Biar Betul?!

Naza Eastern Motors yang juga pengedar rasmi bagi kereta Suzuki di Malaysia telah mengumumkan satu berita baik buat semua peminat kenderaan keluaran Suzuki di negara ini. Bayangkan anda mampu memiliki sebuah kereta Suzuki Swift Sport 2021 dengan interest rate serendah 1.18 peratus sahaja! Selain itu, sesiapa sahaja yang melakukan pembelian sepanjang tempoh promosi ini turut akan mendapat FREE window tint dan FULL body coating yang bernilai sehingga RM 4,000! Wow!


Untuk pengetahuan, generasi Suzuki Swift sebelum ni memang digilai ramai rakyat Malaysia. Mungkin juga kerana bentuk yang comel, penggunaan dan juga keistimewaan yang diberikan membuatkan kereta ini antara hatchback pilihan ramai. Memang laku keras la model Suzuki Swift ni. Jadi memang tak rugi kalau anda turut mencuba Suzuki Swift Sport 2021. Bukan biasa-biasa, tapi siap ada Sport lagi tau! Sebab itu walaupun kecil, tapi ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 8 saat sahaja dengan top speed mencecah sehingga 205 km/j dengan 140 kuasa kuda (hp) pada 5,500 rpm.

Selain mempunyai bentuk luaran yang lebih sporty dan garang, warna yang ditawarkan juga sememangnya mengancam. Ada warna Champion Yellow, Pearl Pure White, Speedy Blue Metallic dan Burning Red Pearl Metallic. Dengan kadar penggunaan minyak sekitar 6.1 liter bagi setiap 100 km, sememangnya kereta ini mampu menambat hati sesiapa sahaja. Kami dah pernah pandu uji kereta ni, dan sememangnya tahap kecekapan dan juga pengendalian memang tiptop!Bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan promosi hebat ni, boleh terus ke showroom Suzuki yang terletak di Naza Automall, Petaling Jaya. Anda juga boleh membuat tempahan untuk pandu uji di 012-551 0013 atau lawat laman sesawang Suzuki Malaysia di www.suzukimalaysia.com untuk sebarang pertanyaan lanjut.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.