Miliki Lamborghini Dengan Hanya RM6 Ribu

Sesiapa sahaja yang berangan nak memiliki Lamborghini, inilah masanya. Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Xiaomi, syarikat pengeluar barangan elektronik China tersebut telah bekerjasama dengan pengeluar kereta mewah Itali, iaitu Lamborghini, untuk melancarkan Xiaomi Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition. Fuh..panjangnya nama dia.

Bukan biasa-biasa sambutan Xiaomi kali ni. Haritu Xiaomi pernah mendedahkan mereka bakal mengeluarkan TV transparent secara besar-besaran, kini kereta GoKart versi Lamborghini pula.

Walaupun kenderaan ni tak boleh lawan supercar Lamborghini yang selalu kita tengok tu, tapi jangan pandang serong pada kebolehannya. Menggunakan warna ikonik kuning ‘Giallo Orion’, ia mampu membawa muatan sehingga 200 lbs (100 kg) selain kelajuannya mampu mencecah sehingga 25 mph (40 km/j).

Malah, Lamborghini Edition ni juga memiliki lampu LED headlights “Ice Lake Blue” serta sistem emulasi audio yang bunyi ngaumannya seakan kereta Lamborghini! Wow!

Selain dari itu, anda juga akan kagum melihat tayar ‘custom-made’ yang digunakan. Ini kerana, tayar yang diciptakan khas itu boleh meningkatkan prestasi dan kecekapan anda semasa drifting. Baru sahaja dilancarkan di negara China pada 16 Ogos, ianya dijual pada harga 9,999 yuan atau bersamaan dengan RM6,032. Buat masa sekarang, anda boleh dapatkan Ninebot GoKart Pro yang standard tu je di Malaysia dengan harga RM 6,490. Tapi yang tu jenama Segway dan bukan Lamborghini Edition la.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.