Meriahnya Majlis Iftar BMW Society Malaysia. Tapi Sos Tetap Dijaga

Pada 25 April 2021, BMW Society Malaysia telah mengadakan majlis berbuka puasa di Kelab Golf Negara Subang. Bukan sekadar berbuka puasa, malah majlis ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli, selain mereka juga turut memberi sumbangan amal. Kutipan amal pun memang amat menggalakkan. Semoga semua yang menderma diberikan pahala yang berganda.

Untuk pengetahuan, kelab BMW Society Malaysia ni mempunyai lebih daripada 9,000 ahli dari seluruh Malaysia. Tapi untuk majlis semalam, bukan semua 9,000 ahli yang hadir tau. Kalau sampai beribu yang nak hadir, terpaksa sewa Stadium Bukit Jalil pulak nanti. SOP mestilah dijaga. Kan?

Suasana majlis juga berjalan dengan lancar, dengan semua tetamu yang hadir telah mula memenuhi dewan seawal jam 6.30 petang. Selepas azan Maghrib dan hampir kesemua ahli sudah selesai menjamu selera, majlis yang dipengerusikan oleh Encik Hisham menyampaikan beberapa ucapan ringkas, selain mengumumkan acara pengutipan derma dan seterusnya penyampaian hadiah kepada ahli yang bertuah (lucky draw).

Menariknya, kesemua ahli yang hadir akan mendapat beberapa barangan tajaan daripada pihak X-1R. Selain itu, yang menang cabutan bertuah pun akan dapat lagi barang tajaan X-1R yang lain. Lepas ni boleh la gunakan produk X-1R ni kat kereta mereka. Vitamins for your car! Vrooommmm…

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *