Mercedes-Benz Rugi RM200 Juta Gara-gara Siput Babi

Source: dailymail.co.uk

Siput babi. Haiwan yang sangat perlahan dan mempunyai kebolehan untuk tidur selama 3 tahun! Hebat bukan? Bukan itu sahaja, haiwan ini juga telah menyebabkan kerugian sehingga lebih RM 200 juta kepada pihak Mercedes-Benz. Alahai siput..

Source: luka-kp.si

Sebanyak 900 kereta baru keluaran Mercedes-Benz yang terdiri dari jenis sedan, hatchbacks dan sports telah diarah untuk menghentikan penghantaran melalui kapal ke Australia selepas kereta-kereta tersebut dipercayai ‘dicemari’ dengan kewujudan siput babi. Mengikut Jabatan Pertanian Australia, siput babi tersebut merupakan dari baka perosak yang mampu menyebabkan kerugian besar kepada hasil pertanian negara itu.

Source: gardenerspath.com

Oleh itu, Jabatan Pertanian Autralia juga mengarahkan supaya semua kereta terbabit dikuarantin di pelabuhan Queensland, New South Wales,Victoria dan Autralia Barat sebelum bakal dihantar balik ke Zeebrugge, Belgium.
Kesimpulannya, memang sangat ketat undang-undang kastam di Australia kan? Selaras dengan peraturan baru mereka yang dilaksanakan pada 16 April tahun ni, mereka sangat menjaga industri pertanian dan hidupan liar negara mereka dari serangan penyakit dan kuman. Mercedes-Benz rugi beratus juta? Apa ada hal…

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.