5 CARA MENGESAN KERETA PERNAH TENGGELAM BANJIR
Banjir yang melanda akibat musim tengkujuh masih lagi belum reda sepenuhnya khususnya di sebelah Pantai Timur. Kita dapat lihat ratusan ribu kenderaan tersadai, rosak atau tenggelam sepenuhnya yang menyebabkan bukan sahaja pemilik kereta panik malah mereka juga turut mengalami kerugian yang teruk. Jadi, antara langkah yang selalunya pemilik akan ambila adalah mana-mana kenderaan yang pernah ditenggelami banjir akan dijual walaupun pada harga yang jauh lebih murah.
Sumber imej: hmetro.com.my
Justeru itu, kami di Automology rasa amat penting untuk berkongsi dengan anda semua tentang beberapa cara mudah untuk mengesan kereta yang pernah ditenggelami air supaya anda tidak menjadi mangsa.
- Bau Yang Tidak Menyenangkan
Sumber imej: astroawani.com
Bau yang tidak menyenangkan dalam kereta boleh menjadi petunjuk yang jelas bahawa kereta itu mungkin pernah ditenggelami banjir. Elakkan membeli kereta yang mempunyai bau busuk atau kepam, kerana ianya adalah bukti jelas bahagian dalam kereta itu pernah terkena air. Selain itu, anda juga perlu elakkan membeli kereta yang terlalu wangi, seperti bau sabun dan pewangi kenderaan yang terlalu kuat. Ini kerana, berkemungkinan pemilik asal cuba untuk ‘menutup’ bau busuk keretanya yang pernah tenggelam banjir.
- Cek Kesan Kehadiran Air
Sumber imej: penang-halal-food.blogspot.com
Periksa kawasan-kawasan tertentu di dalam kereta seperti di bawah karpet, dalam ruang simpanan, atau di bahagian bawah tempat duduk. Tanda-tanda air atau kotoran yang kering boleh menjadi petunjuk bahawa kereta itu terkena air banjir. Kesan karat atau warna material yang berubah pada sebahagian daripada bahagian logam juga patut diberi perhatian.
- Periksa Sistem Elektrik
Sumber imej: autocarindia.com
Banjir boleh merosakkan sistem elektrik dalam kereta. Periksa fungsi sistem elektrik seperti radio, lampu, tingkap elektrik, sistem kawalan keselesaan, dan sistem keselamatan. Kerosakan atau masalah yang sering berlaku pada sistem elektrik boleh menjadi petunjuk bahawa kereta itu pernah terendam air. Kalau nampak ada air dalam lampu kereta, ucapkan selamat tinggal sahaja ya?
- Periksa Dokumen Dan Riwayat Servis
Sumber imej: economictimes.indiatimes.com
Sebelum membeli kereta terpakai, selalu periksa dokumen seperti surat jual beli, sijil hak milik, dan riwayat servis. Selain itu, jangan lupa untuk turut periksa jenis pembaikan atau servis terdahulu untuk mencari sebarang catatan mengenai kerosakan akibat banjir. Jika pemilik asal memberikan banyak alasan, jangan beli. Sebab sekiranya dia jujur dan telus dalam urusan jual-beli, buat apa dia sembunyikan dokumen penting. Kan?
- Dapatkan Pemeriksaan Dari Pakar
Sumber imej: chase.com
Jika anda tidak yakin dengan keadaan kereta, atau memang tak tahu langsung berkenaan dengan kenderaan, jangan buat-buat pandai. Jika ada kawan atau ahli keluarga yang tahu tentang kereta, ajak mereka bersama untuk melakukan pemeriksaan sebelum membeli kereta idaman. Atau, anda juga boleh dapatkan khidmat dari mekanik yang berkelayakan. Mereka boleh mengesan tanda-tanda kerosakan akibat banjir atau masalah lain yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan pertama.
Anda dah dapat ilmu berguna? Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya!
Want more tips for car care? Read our story about how to identify your car’s ideal tyre pressure.