Memandu Tanpa Lesen, Tiada Cukai Jalan, Positif Dadah dan Sebabkan Kematian. Penjara 6 Tahun Je?

Sumber imej: alhijrahnew.com

Beberapa hari lepas tular kes seorang wanita telah menyebabkan kematian seorang anggota tentera di sebuah jalanraya di Johor. Dalam kejadian yang berjaya dirakam oleh dashcam saksi, wanita terbabit yang memandu sebuah kereta Myvi (Myvi lagi) meluncur laju sebelum melanggar sebuah kereta Honda milik anggota tentera terbabit sehinggakan kereta mereka terbalik.

Malangnya, dalam kejadian itu apabila mangsa yang tidak bersalah (tengah tunggu traffic light) meninggal di tempat kejadian dan si wanita itu pula hanya mengalami kecederaan ringan. Lagi teruk, siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai lesen memandu, disahkan positif dadah, selain kereta Myvi yang digunakan tu tidak mempunyai cukai jalan serta insurans.

Wanita tersebut yang bernama Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23 tahun merupakan seorang pekerja kilang telah mengaku bersalah atas pertuduhan dan kini bakal menjalani hukuman penjara selama 6 tahun dan didenda sebanyak RM 8,000. Apa?

Apa yang buat netizen bengang dengan kes ni? Sebab kesalahan wanita itu sangat serius tapi hukuman yang dia terima kelihatan sangat kecil berbanding kesalahan yang dilakukan. Langgar suami yang juga seorang bapa sampai mati, tapi cuma kena penjara 6 tahun je? Anda rasa cukup ke tak?

Sumber imej: mykmu.net

Sebagai salah seorang pengguna jalanraya di Malaysia, alangkah baiknya jika kita dapat gubal balik undang-undang untuk kes macam kan? Bagi hukuman yang lebih berat agar ia dapat jadi pengajaran buat orang lain di luar sana. Bukan apa, dari segi luaran kita nampak macam tak setimpal langsung hukuman yang dia terima tu. Malah, keluarga mangsa juga telah menolak permohonan maaf dari wanita terbabit. Siapa nak maafkan kesalahan macam ni? Apa awak nak jawab pada anak dan isteri mangsa?

Sumber imej: siakapkeli.bbn.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *