Memalukan. Iklan Kereta Terburuk, Seksis Dan Paling Gagal

Iklan merupakan satu seni atau medium untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Bukan senang nak buat iklan yang betul-betul menjadi ni. Sampaikan syarikat pengeluar kereta yang gah di mata dunia pun kadang kala boleh tersalah pilih iklan. Bukan setakat jualan merudum, silap-silap kena boikot.

1. HYUNDAI – IKLAN BUNUH DIRI

Source: youtube.com

Iklan Hyundai yang banyak menerima kritikan menonjolkan seorang lelaki gagal dalam percubaannya untuk membunuh diri dengan cara menyambungkan getah paip dari ekzos kereta. Bagi Hyundai, mesej yang cuba disampaikan ialah tentang kenderaan terbaru Hyundai dengan 100% water emissions. Memang tak peka langsung yang buat iklan ni kan? Bunuh diri yang selalu dikaitkan dengan masalah kemurungan melampau, buka satu perkara lucu yang boleh dibuat main. Sehingga ramai orang protes, lebih-lebih lagi dari keluarga mangsa bunuh diri yang terkesan dengan iklan sedemikian yang dianggap ‘jijik’. Boleh tengok di sini:

2. SKODA – YANG MANA SATU?

Source: independent.co.uk

Ni merupakan iklan Skoda yang dapat kutukan hebat di Ireland. Cuba fahamkan iklan di atas. Lelaki tersebut ada 3 pilihan: A: Pilih wanita tersebut; B: Bagi balik wanita tu kat ayah dia; C: Tukar wanita tu dengan adik perempuan yang lebih muda. Persoalannya, apa kaitan antara wanita, pilihan sebuah perkahwinan dengan kereta Skoda? Ramai menyelar iklan tersebut yang dianggap seksis dan bodoh. Anda rasa?

3. BMW – KEPERAWANAN WANITA DAN KERETA TERPAKAI?

Source: whichcar.com.au

Cubaan jual kereta, tanpa menggunakan kereta. Juara dia jenama BMW lah. Mereka cuba untuk mempromosikan ‘BMW’s Premium Selection Used Cars’ iaitu menjual kereta terpakai BMW di Greece. Namun, malangnya iklan yang memaparkan gambar menggoda seorang gadis muda dengan caption “You know you’re not the first” telah menimbulkan reaksi negatif di kalangan wanita. Ini kerana mereka cuba menyamakan antara kereta terpakai dengan keperawanan seorang wanita. Maksudnya, anak dara tu ibarat kereta baru. Mak dara tu kereta terpakai. Faham tak faham?

Mercedes-Benz Rugi RM200 Gara-gara Siput Babi.

Alahai siput…

4. VOLKSWAGEN – PENGEBOM BERANI MATI

Source: snopes.com

Bermula dengan seorang lelaki berbaju seakan golongan pengganas ekstrim masuk ke dalam kereta Volkswagen Polo. Tiba-tiba lelaki tersebut berhenti di hadapan sebuah restoran yang dipenuhi ramai pelanggan. Lalu dia menekan pemicu bom. Hasilnya? Dia meletup seorang diri dalam kereta tu. Motif? Mungkin nak menunjukkan kereta ni selamat kot. Namun, pihak Volkswagen telah mengeluarkan statement yang mengatakan video itu bukan dari pihak mereka. Hm…Acah-acah bad marketing, I guess? Anda boleh tengok full video kat sini:

5. TOYOTA COROLLA – APPLE JUICE

Source: wideopenroads.com

Okay, yang ni memang agak pelik. Anda bayangkan anda tengok iklan selama 1 minit. Dengan seorang lelaki masuk kedai minuman dan order apple juice. Dia keluar dari kedai dan sebut apple juice berkali-kali sambil menari dengan 20 orang penari. Tiba-tiba 10 saat terakhir lelaki tersebut dan lain-lain mengelilingi kereta Toyota Corolla 1998. Soalan dia, apa motif kau? Jual air ke jual kereta? Rasa bukan apple juice tu tapi air ketum. Ni full video:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *