Maserati Memperkenalkan GranTurismo Baru Dan Model Elektrik Pertama

Salah satu daripada ikon jenama Maserati kini kembali—Maserati GranTurismo. Ini turut menandakan era baharu dalam sejarah Maserati di mana siri Gran Turismo bermula 75 tahun lalu dengan Maserati A6 1500.

Coupé GranTurismo menggabungkan prestasi tinggi sebuah kereta sport selain turut mempunyai keselesaan yang sesuai untuk jarak jauh. Untuk pengetahuan, Maserati GranTurismo baharu ini sebenarnya dibangunkan di Makmal Inovasi Maserati dan dihasilkan di hab pembuatan Mirafiori di Turin. Hasilnya, GranTurismo ini sememangnya 100 peratus dibuat di Itali dan sekaligus melambangkan “prestasi mewah Itali” yang turut menjadi konsep tipikal bagi kesemua model Maserati.

Bagaimana pula dengan bahagian enjin? Coupé baharu ini dilengkapi dengan enjin revolusioner V6 Nettuno, tersedia dalam dua versi: Modena, dengan 490-hp 3.0 liter V6 Nettuno Twin Turbo; dan versi Trofeo berprestasi tinggi adalah berdasarkan enjin sama yang dinaiktaraf kepada kuasa maksimum 550 hp.

Menariknya, versi yang ketiga, iaitu GranTurismo Folgore, menggunakan rangkaian kuasa berasaskan bateri elektrik 100%. Sistem Folgore berasaskan teknologi 800 volt dan telah dibangunkan dengan penyelesaian teknikal termaju yang diperoleh daripada Formula E. Ia menawarkan prestasi hebat, dimungkinkan oleh tiga motor magnet kekal berkuasa 300-kW. Malah, model baharu ini turut menjadi penanda aras yang merangkumi konsep “The Others Just Travel”. Oleh itu, model ini juga turut membawa House of the Trident lebih maju ke hadapan selaku kereta pertama dalam sejarah Maserati yang menggunakan 100 peratus rangkaian kuasa elektrik.

Bateri Maserati GranTurismo ini pula mempunyai kapasiti nominal 92.5 kWj dan kapasiti nyahcas 560 kW untuk terus menghantar sekitar 760 hp ke roda. Susunatur bateri khusus dan inovatif menghasilkan pembendungan ketinggian kenderaan hingga 1353 mm tanpa menjejaskan sifat sporty miliknya.

Akhir sekali, semasa pelancaran, GranTurismo juga tersedia dalam Edisi Pelancaran Ulang Tahun PrimaSerie ke-75, siri terhad yang menampilkan kandungan eksklusif dan khusus untuk ulangtahun ke-75nya baru-baru ini.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.