Mana Hilangnya Michael Schumacher?

Sumber imej: driving.co.uk

Siapa yang tak kenal dengan nama lagenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher? Lagenda litar lumba ini merupakan juara dunia sebanyak tujuh kali, serta memegang rekod kemenangan terbanyak iaitu 91 perlumbaan, sebelum rekod dunia itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh Lewis Hamilton pada Oktober lepas dengan 92 kemenangan.

Namun malangnya, lebih kurang setahun selepas bersara daripada F1, Schumacher telah terlibat dalam satu kemalangan ski dan mengalami kecederaan kepala yang teruk pada tahun 2013 di Switzerland. Selepas kejadian tragis itu, dia telah koma untuk tempoh yang lama, selain kesihatannya juga dikatakan merosot.

Sumber imej: indosport.com

 

Sumber imej: snowbrains.com

Sekarang, segala perkembangan terkini tentang Schumacher seakan menjadi teka-teki. Ramai yang tidak pasti samada dia sudah sedar atau belum dari koma. Ini kerana ada sesetengah sumber yang melaporkan dia masih koma, malah ada juga yang mengatakan dia sekarang lumpuh dan duduk di kerusi roda. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak doktor juga sering tidak konsisten, dimana jawapan yang diberikan ialah Schumacher sudah baik dan kadangkala merosot.

Ramai yang mengetahui bahawa hanya orang-orang tertentu yang boleh datang melawat Schumacher dan hanya isterinya, Corinna Schumacher yang akan memberikan keizinan pada siapa yang boleh melawatnya. Justeru itu, umum ketahui yang hanya keluarga dan teman rapatnya yang akan mengeluarkan maklumat. Malah, mereka juga harus berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan. Ini kerana, isterinya pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah tabloid di mana mereka pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Schumacher telah sembuh dan menjalani terapi khas. Kira jangan buat-buat cerita la pasal Schumacher ni. Kalau tak kena saman.

Sumber imej: mirror.co.uk

Pada bulan September 2020, seorang doktor di Switzerland, iaitu Profesor Erich Riederer, mengatakan bahawa Schumacher sudah bangun. Cuma, dia berharap agar para peminat jangan terlalu berharap untuk melihat Schumacher sama seperti dirinya sebelum kemalangan. Doktor itu turut memberitahu keadaan Schumacher sekarang adalah vegetatif – dia terjaga tetapi tiada tindak balas, boleh duduk dan bangun dengan bantuan dan tidak lebih daripada itu.

Sudah tentu ramai peminatnya yang rindu untuk melihatnya kembali seperti dulu kan? Apa-apa pun, anak kepada lagenda F1 ni, Mick Schumacher, 21 tahun, sekarang pun ingin mengikut jejak langkah ayahnya. Malah dia percaya yang suatu hari dia bakal merialisasikan impiannya itu di F1 kelak.

Sumber imej: essentiallysports.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *