Makan Dalam Kereta Boleh Dikenakan Kompaun Sebab Langgar SOP? Seriuslah

Source: rileklah.com

Berikutan penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara yang semakin hari menunjukkan jumlah peningkatan yang serius, ramai antara pemilik kafe atau restoran di Malaysia terpaksa mencari idea baharu untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Ini temasuklah memperkenalkan perkhidmatan ‘park and dine in’ dalam kereta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Iyalah, makan di restoran atau kedai makan tidak dibenarkan, jadi apa salahnya kalau pesan makanan dari restoran tapi makan dalam kereta sendiri. Malah, ada antara restoran tertentu yang membolehkan pelanggan untuk memesan makanan secara talian (online) dan datang ke restoran mereka sebelum makanan akan dihidang ke dalam kereta pelanggan.

Sumber imej: wanista.com

Malah, sejak perkhidmatan itu mula diperkenalkan, meja makan di dalam kereta menjadi tular dan mendapat permintaan tinggi. Namun, disebalik keseronokan menikmati makanan secara ‘dine in’ dalam kereta, adakah ia sebenarnya patuh SOP?

Apabila soalan mengenai perkara ini disuarakan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sekitar bulan Februari tahun ni, jawapannya adalah dia tidak mempunyai sebarang masalah jika terdapat mana-mana individu yang mahu parkir di luar restoran makan dalam kereta masing-masing asalkan tidak melanggar syarat berapa orang yang dibenarkan dalam sesebuah kenderaan.

Sumber imej: penmerah.dnqj.my

Mungkin mengikut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ianya tidak menjadi kesalahan. Tetapi awas yea. Sebab di Sarawak lain pula ceritanya. Mengikut Pesuruhjaya Polis Sarawak, perkhidmatan parkir dan ‘dine in’ dalam kereta adalah tidak dibenarkan kerana ianya melanggar SOP. Malah, sesiapa sahaja yang didapati melakukan hal sedemikian di Sarawak boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa. Mengikut beliau lagi, hanya bungkus makanan (take-away) yang diizinkan.

Selain itu, Kementerian Perdagangan Salam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga turut tidak membenarkan mana-mana perkhidmatan ‘dine in’ dalam kenderaan. Menurut Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, SOP atau keputusan bagi sebarang perkhidmatan seumpama itu belum wujud. Maka lebih mudah untuk mengatakan bahawa perkhidmatan tersebut belum mendapat kelulusan lagi.

Sumber imej: pnbbcportal.com

Apa yang pasti, kita semua kena sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa setempat. Sebab lain tempat, lain pula arahan dan SOP yang dikenakan. Lagipun, status sesuatu kawasan pun selalu bertukar kan. Sekejap PKP, sekejap PKPB, PKPD, PKPP. Apa-apa pun, selalu peka dan prihatin itu sangat penting. Jangan pula kita bersikap pentingkan diri sendiri, rentas negeri, langgar SOP dan cipta undang-undang sendiri sesuka hati.

P/S: Nilai 3 tu sebenarnya di Negeri Sembilan atau Selangor? Tengah trending sekarang ni. Kita tanya jer.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *