
Negara China memang terkenal dengan kebolehan mereka untuk meniru apa sahaja. Kalau beg, telur dan sayur pun boleh ada tiruan dari negara China, maka tak mustahil kereta pun mereka boleh tiru. Kesian car designer lain. Punya la fikir ‘design’ paling cun sampai rambut hitam pun jadi putih, senang-senang je syarikat kereta keluaran China ambik, ‘copy and paste’, siap!
RANGE ROVER VS LAND WIND

Menangis bucu katil kalau peminat kereta Range Rover tengok ‘kembar’ dia ni. Dah la seiras, harga pulak 3 kali lebih murah! Disebabkan persamaan inilah, Jaguar Land Rover telah memfailkan saman terhadap Jiangling Motors Corp di China kerana telah menciplak Range Rover Evoque. Pada Mac tahun ni, Jiangling Motors Corp telah didapati salah, dan telah diarahkan untuk menghentikan jualan Land Wind X7 selain membayar wang pampasan kepada pihak Jaguar Land Rover.
ROLLS-ROYCE PHANTOM VS GEELY GE

Emgrand GE atau sebelumnya dikenali sebagai Geely GE telah diperkenalkan pada tahun 2009. Kereta buatan China ini dijual pada harga 44,000 USD berbanding harga kereta ‘original’ Rolls-Royce Phantom yang dijual pada harga lebih 7 kali ganda lebih mahal, iaitu sehingga 350,000 USD. Mengikut jurucakap Geely, mereka tidak dapat melihat sebarang persamaan antara Emgrand GE dan juga Rolls-Royce Phantom. Iyalah tu tiada persamaan. Rasanya pihak Geely kena pergi buat pemeriksaan mata berkomputer ni.
PORSCHE MACAN VS ZOTYE SR9

Zotye Auto, nama yang tidak asing bagi penciplak kereta tegar di China. Selain pernah meniru Audi Q3, Tiguan, dan Audi Q5, mereka sekali lagi menampilkan kereta tiruan atau klon SUV Porsche Macan yang diberi nama Zotye SR9. Dijual pada harga bermula RM 63,000 berbanding RM 350,000 untuk Porsche Macan, sudah tentu golongan yang boleh acah-acah kaya pilih Zotye SR9 kan? Dari luaran sehingga ‘interior’ pun memang hampir 100% sama, memang senang buat duit Zotye Auto ni.
MINI COOPER VS LIFAN 330

Kereta Lifan 320 yang diperkenalkan pada tahun 2008 mungkin seakan Mini Cooper. Namun, pada tahun 2013, Lifan Group telah memperkenalkan Lifan 330 iaitu versi baru dengan ‘face-lift’ yang memang sudah terang lagi bersuluh ‘copy+paste’ daripada Mini Cooper. Walaupun bentuk sama dengan Mini Cooper pada harga yang jauh lebih murah, tapi sayangnya kereta ini mendapat ‘Zero Score’ daripada Latin NCAP dan telah dicop sebagai antara kereta paling tidak selamat di dunia. Sebab itulah, jualan mereka tersangat rendah dengan hanya beberapa ribu unit sahaja yang terjual.
MAZDA CX-5 VS FAW BESTURN X40

“Nampak tak? Kalau tak nampak alamatnya pendek umur.” Itulah antara ayat popular dalam filem P.Ramlee. Kalau korng jenis suka main teka-teki ‘cari perbezaan gambar di atas’, memang susah korang nak menang. Apa tidaknya, yang berbeza antara FAW Besturn X40 dari China dan Mazda CX-5 cuma logo dan lampu hadapan. Betul kan? Walaupun nampak sama, namun tiada kereta yang boleh menandingi kehebatan Mazda CX-5 yang telah memenangi ‘IIHS Top Safety Award’ selama 6 tahun berturut-turut.