LRT Ditutup Selama Seminggu Akibat Gangguan ATC. Netizen Desak Kakitangan Prasarana Letak Jawatan
Sejak 5 November 2022 (Sabtu), perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang telah menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual dan berhenti lebih lama di platform. Lebih parah, keadaan itu juga menyebabkan keseluruhan jadual perkihmatan LRT Laluan Kelana Jaya tergendala dan ramai pengguna LRT yang terkandas.
Pada mulanya, pihak teknikal cuba untuk membaikpulih sistem namun malangnya selepas beberapa hari, masalah ini masih lagi belum selesai. Selain itu, selepas mengambil kira masalah teknikal dan faktor keselamatan penumpang, maka perkhidmatan antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park akan ditutup selama tujuh hari, bermula dari 9 November 2022 hingga 15 November 2022.
Susulan daripada isu penutupan sementara ini, perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan untuk penumpang yang terjejas. Sebanyak 73 bus akan digunakan sebagai alternatif yang mana ia melibatkan lima stesen yang terlibat iaitu:
1. Ara Damansara ke Pasar Seni;
2. Ara Damansara ke Kelana Jaya;
3. Kelana Jaya ke Pasar Seni;
4. Pasar Seni ke Masjid Jamek; serta
5. Masjid Jamek ke Dato’ Keramat
Dalam hal ini, sudah tentu ramai pengguna yang saban hari hanya bergantung kepada perkhidmatan LRT yang terjejas akan ditimpa masalah pengangkutan. Bukan sahaja ramai antara mereka yang mengeluh kerana perlu menunggu lama, malah masalah itu juga menyebabkan kesesakan jalan raya yang luar biasa. Kesannya, dilihat ramai rakyat Malaysia yang terkesan menggesa supaya kesemua pihak yang terlibat untuk meletak jawatan. Siap buat petisyen lagi yang mana desakan tersebut dibuat untuk empat individu termasuk Tan Sri Jamaludin Ibrahim (Penngerusi), Mohd Azharuddin Mat Sah (Presiden & CEO), Dr Prodyut Dutt (COO) dan Amir Hamdan (CEO Rapid Rail). Bukan itu sahaja, nama Menteri Pengangkutan, iaitu Wee Ka Siong, dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, pun didesak supaya ‘turun padang’.
P/S: Masa nak mengundi adalah masa terbaik untuk petik nama Menteri supaya masing-masing nampak macam buat kerja.