LORI BERAT PUNCA JALAN SELALU ROSAK? KERAJAAN AKAN PERKENALKAN SISTEM BAHARU UNTUK MENGEKANG MUATAN LEBIH.

Siapa yang tak sakit hati jika jalan yang dilalui setiap hari selalu rosak, berlubang sana-sini, banyak lopak air dan menyakitkan mata memandang? Apa puncanya? Kalau nak tahu, punca utama berlaku kerosakan jalan terutamanya yang berlubang adalah disebabkan oleh kenderaan berat yang selalu membawa lebih muatan. Ya, bayangkan kalau jalan biasa di kampung tu dah tulis had muatan 5 tan, tapi yang masuk jalan kampung tu adalah lori lebih 5 tan? Macam mana jalan tak berlubang?

Sumber imej: facebook.com

Dalam hal ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) harus bekerjasama untuk menangani isu ini. Oleh sebab itu, pihak kerajaan bakal memperkenalkan satu sistem baharu yang bertujuan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan kenderaan berat lebih muatan yang bakal dilaksanakan tahun depan. Menurut The Star, Kementerian Pengangkutan mengatakan bahawa mereka bakal menggunakan sistem High Speed Weigh in Motion (HS-WIM) yang akan membolehkan penguatkuasaan masa nyata terhadap jenderaan lebih muatan tanpa mereka perlu berhenti untuk menimbang.

Menurut Kementerian Pengangkutan juga, sistem ini juga akan meningkatkan kecekapan penguatkuasaan, selain membantu mengurangkan kerosakan jalan rasa sekali gus meminimumkan risiko kemalangan. Ini baru bagus, memudahkan dan menjimatkan masa. Yang penting, dengan pelaksaan sistem ini juga diharapkan boleh membantu mengurangkan kemasukan lori dengan muatan lebih yang selalu menjadi punca kerosakan jalan dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber imej: sinarharian.com.my

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.