Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui 10 Tahun Dengan Diskaun 10 Peratus

Berita baik buat anda yang nak perbaharui lesen. Sebab Kementerian Pengangkutan (MOT) baru sahaja memperkenalkan inisiatif baharu di mana semua rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu mereka sehingga tempoh 10 tahun! Bukan itu sahaja, bagi mana-mana individu yang memperbaharui lesen memandu mereka untuk tempoh 10 tahun hanya perlu buat bayaran untuk sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus.
Bayaran lesen memandu kan RM 30 untuk setahun. Jadi kalau kita nak bayar untuk tempoh 10 tahun terus, jumlah yang perlu dibayar sepatutnya RM 300 kan? Tapi sebab ada diskaun 10 peratus, kita cuma perlu bayar RM 270 jadi dah jimat RM 30 di situ.

Untung rakyat Malaysia kan? Sebab inisiatif ini hanya untuk rakyat Malaysia sahaja dan inisiatif ini tidak terpakai sekiranya kalau anda adalah warganegara asing ATAU pemegang pas permit jangka masa panjang ATAU Kad MyKas. Sekiranya anda berminat, bolehlah segera ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat bermula 8 Mei 2023. Namun harus diingatkan bahawa mereka yang berminat untuk mendapatkan inisiatif ini haruslah memastikan baki tempoh sah laku lesen memandu mereka adalah TIDAK melebihi satu tahun.
Tetapi sekiranya anda masih nak perbaharui lesen memandu untuk tempoh setahun pun boleh, tiada paksaan pun untuk buat 10 tahun terus. 10 tahun tu kan lama. Silap-silap pemilik lesen memandu yang meninggal dulu, lesen hidup lagi.
