LELAKI SINGAPURA TUKAR NOMBOR PLAT KERETA DEMI RON95.

KONON DARI NEGARA MAJU TAPI….

Dalam satu hantaran di Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers(MSBC) 马新过境者, seorang individu mendakwa dia melihat seorang lelaki Singapura telah menukar nombor plat Singapura kepada nombor plat Malaysia semata-mata ingin mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak. Menurut individu berkenaan, dia telah mendekati lelaki Singapura itu untuk mendapatkan penjelasan. Panik apabila perbuatannya kantoi dengan rakyat Malaysia, lelaki tersebut terus meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan tergesa-gesa.

Hantaran individu terbabit di Facebook telah mendapat perhatian ramai warga Malaysia dan juga Singapura yang mana menurut mereka, jika lelaki Singapura itu didapati bersalah, dia akan dikenakan saman di antara RM 5,000 hingga RM 20,000 ATAU 5 tahun penjara, ATAU kedua-duanya sekali.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kejadian sebegini berlaku. Orang di sekitar Johor pun kadang-kala sudah kerap kali melihatnya cuma tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pada tahun 2019, seorang lelaki Singapura pernah dikenakan saman sehingga RM 8,000 akibat perbuatan menukar nombor plat. Ironinya, yang melaporkan kejadian itu juga rakyat Singapura. Mungkin sebab dia tengok pun malu apabila rakyat negara sendiri sering mengaku kaya dan maju namun ibarat mengemis di negara orang. Kan?

Walaupun insiden itu tular, namun pihak polis berkata mereka tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. Jadi, kalau anda melihat kejadian sebegini berlaku di depan mata, jangan lupa untuk ambil gambar dan video sebagai bahan bukti sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.