TRAGEDI ELAK ASAP. 2 LELAKI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG.

Saya cukup pantang dengan manusia yang suka membakar sampah. Menyusahkan orang! Selalunya kain jemuran jiran yang akan jadi mangsa. Tapi untuk kes kali ini, 2 lelaki yang menjadi mangsa gara-gara nak elak asap bakar sampah. Bayangkan hanya kerana sesetengah pihak yang tidak peka dengan keadaan sekeliling, dua mangsa yang tidak bersalah yang terkorban. 


Sumber imej: x.com

Jika melihat video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki sedang membakar sampah di tepi sebuah jalan di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan. Tiba-tiba, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 28 tahun kelihatan cuba mengelak asap dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang warga emas. Kesan daripada perlanggaran tersebut, kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Sumber imej: therakyatpost.com

Jika melihat kepada video tersebut, memang kita akan katakan bahawa punca kejadian adalah disebabkan oleh mangsa pertama telah memasuki laluan bertentangan kerana ingin mengelak asap. Namun begitu, punca sebenar adalah dari sikap penduduk itu sendiri yang tidak peka dengan membakar sampah betul-betul di tepi jalan. Kesannya, orang lain yang menjadi mangsa keadaan sehingga meragut nyawa.

Pada pendapat anda, siapa yang bersalah dalam tragedi malang ini? Yang pasti, kes ini sekarang akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membahayakan orang awam dan menyebabkan kematian. Tonton video penuh di sini.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.