Lelaki Malang Paling Bertuah Di Dunia. Pernah Terselamat Dalam Tujuh Kemalangan Maut

Memang panjang umur!

Sumber imej: youtube.com

Frane Selak merupakan seorang guru muzik yang berasal dari Croatia dan pernah terselamat sebanyak tujuh kali daripada kemalangan maut yang melibatkan keretapi tergelincir, kapal terbang terhempas, kereta meletup dan dilanggar bus. Selain itu, dia turut dikenali sebagai ‘Lelaki Malang Paling Bertuah Di Dunia’ kerana pada tahun 2003, dia pernah menang loteri.

Sumber imej: gentside.com

Kisah pelik tapi benar yang dialami lelaki ini bermula pada Januari 1962 apabila dia menaiki sebuah keretapi semasa musim sejuk sebelum keretapi terbabit tergelincir dan jatuh terjunam ke dalam sebuah sungai. Seseorang telah berjaya menarik Selak keluar manakala 17 penumpang lain terkorban akibat lemas. Selak pula hanya mengalami patah tangan selain hipotermia (keadaan apabila suhu tubuh menurun secara mendadak).

Sumber imej: eastidahonews.com

Setahun kemudian, Selak terlibat dalam sebuah lagi kemalangan maut. Semasa menaiki kapal terbang buat kali pertama dalam hidupnya, tiba-tiba kapal terbang tersebut mengalami masalah teknikal sebelum dia tercampak keluar dari kapal terbang melalui pintu utama. Tidak lama kemudian, kapal terbang itu terhempas dan 19 nyawa terkorban, manakala Frane Selak terselamat kerana selepas jatuh dari kapal terbang, badannya mendarat di atas “haystack” atau rumput kering.

Sumber imej: steemit.com

Sumber imej: imonsolutions.com

Tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1966, Selak telah menaiki sebuah bus sebelum bus itu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sungai. Frane berjaya menyelamatkan diri sekali lagi dan cuma mengalami luka ringan manakala empat penumpang lain di dalam bus terbabit maut akibat lemas.

Sumber imej: pennlive.com

Kemudian pada tahun 1970, kereta yang dipandu beliau tiba-tiba terbakar dan beliau berjaya menyelamatkan diri sebelum tangki bahan bakar kereta tersebut meletup. Tiga tahun kemudian, enjin kereta yang dipandunya tidak berfungsi sebelum berlaku letupan melalui lubang udara. Walaupun banyak bahagian rambutnya terbakar, tapi dia masih tetap terselamat.

Sumber imej: huffpost.com

Kejadian pelik yang menimpanya kembali lagi pada tahun 1995 apabila dia telah dilanggar oleh sebuah bus di jalan Zagreb, Croatia dan hanya mengalami cedera ringan. Setahun kemudian, kereta yang dipandunya telah terbabit dengan kemalangan bersama sebuah truk United Nations di selekoh tajam di sebuah kawasan pergunungan. Pada masa kejadian, dia tidak memakai tali pinggang keledar dan badannya tercampak keluar dari keretanya. Selepas itu, dia hanya mampu melihat keretanya tadi jatuh ke dalam gaung sedalam 90 meter (300 kaki).

Sumber imej: mercatornet.com

Kalau dilihat dalam kesemua kemalangan yang dialami olehnya, mesti ramai yang tak nak naik mana-mana kenderaan bersama dengan Selak. Kenapa? Sebab kebanyakan kes hanya dia yang terselamat manakala yang lain-lain pula maut di tempat kejadian. Macam dalam filem Final Destination kan?

Walaupun banyak perkara malang pernah terjadi di dalam hidup lelaki ini, dia dikejutkan dengan berita gembira pada tahun 2003, apabila dia telah memenangi loteri berjumlah US$ 1.1 juta (bersamaan RM 4.5 juta)! Pada masa tu, dia telahpun berkahwin untuk kali kelima dan membeli dua buah rumah bersama sebuah bot dengan wang kemenangan tersebut sebelum baki wang itu dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat rapatnya. Menarik kisah lelaki ni kan?

Sumber imej: metroborneo.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.