Lelaki Gunakan Lamborghini Untuk Jual Tembikai Di Tepi Jalan

Istanbul aku datang!

Sumber imej: luxurylaunches.com

 

Pihak polis telah menyaman seorang lelaki di Istanbul sebab menjual buah tembikai dengan menggunakan supercar Lamborghini Aventador! Lelaki tersebut telah disaman sebanyak 1,228 Turkish Lira (RM 686.85) selain larangan memandu selama 15 hari kerana telah menyalahi undang-undang sebab dia gunakan kenderaan tersebut di luar tujuan mengikut pendaftaran. Maksudnya, kalau nak meniaga, kenderaan tu kena la daftar khusus untuk meniaga je.

Sumber imej: luxurylaunches.com

Kalau nak tahu, tembikai yang dia jual pun sangat murah. Cuma 5 Turkish Lira (RM 2.80) sekilo. Mustahil dia ni boleh memiliki supercar Lamborghini Aventador yang berharga 5 juta Turkish Lira (RM 2.8 juta) dengan hanya menjual tembikai? Harga cukai tahunan supercar yang boleh memecut sehingga 100 km dalam masa 2.9 saat tu pun dah cecah 46,000 Turkish Lira (RM 25,728). Kalau macam tu, kita pun nak jual tembikai kan?

Sumber imej: rt.com

Rupanya, bila disiasat, lelaki itu sebenarnya seorang influencer yang sangat terkenal di Iran, di mana aksi dia menjual tembikai tu telah pun disiarkan di media sosial miliknya. Gambar dan video dia telah jadi viral kat sana. Malah, jumlah pengikutnya juga semakin bertambah di platform media sosial miliknya seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Kira macam ‘stunt’ media sosial la ni. Siap bawa penimbang letak depan kereta tu. Pengikutnya mungkin suka dengan aksi macam ni. Tapi bagi pihak polis, mereka agak marah sebab perbuatan lelaki tu telah menyebabkan jalan raya di daerah Beyoglu semakin sesak. Mana tak nya, orang jual tembikai murah pakai Lamborghini Aventador kot!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *