Lelaki Buat Laporan Palsu Kereta Hilang. Sebab Nak Duit Untuk Kahwin

Mak! Aku nak kahwin!

Seorang lelaki berusia 25 tahun, yang juga seorang penganalisis data, telah ditahan oleh pihak polis kerana membuat laporan palsu tentang kehilangan kereta jenis Subaru Forester di Lukut Prima, Port Dickson.

Mengikut lelaki tersebut, dia telah meletakkan keretanya di parkir Lukut Prima pada jam 8 malam untuk makan bersama rakan. Namun, sejam selepas itu, dia mendapati keretanya tiada di tempat parkir sebelum dia bertindak untuk membuat laporan polis tentang kehilangan keretanya.

Mungkin lelaki ni ingat dia seorang je yang bijak pandai. Selepas disoal siasat dengan pihak polis yang agak curiga dengan lelaki itu, akhirnya kantoi. Rupa-rupanya, kereta tu dia sembunyikan di belakang bangunan sebuah pasar raya di Lukut.

Sumber imej: bharian.com.my

Apabila dah kantoi, pihak polis tanya kenapa dia membuat laporan palsu tersebut? Akhirnya dia mengaku yang rancangan asalnya ialah untuk menuntun insurans dan wang itu akan digunakan untuk majlis perkahwinannya! Beli kereta mahal boleh, tapi nak kahwin duit pun tiada. Lagi kesian, akibat perbuatannya tu, dia bakal dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Niat di hati nak duit insurans untuk kahwin. Tapi sayangnya akibat berfikiran cetek, kereta pun dirampas, majlis kahwin pun entah ke mana.

Sumber imej: remaja.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *