LEGO Memberi Penghormatan Kepada Ulang Tahun Ke-50 Nissan GT-R

Pertama kalinya kerjasama antara gergasi mainan dan juga pembuat kereta terbesar dari Japan untuk mengeluarkan sebuah model LEGO terbaharu semperna ulang tahun ke-50 Nissan GT-R yang diberi nama LEGO Speed Champions Nissan GT-R Nismo. Majlis perasmian telah diadakan baru-baru ini di Nissan’s Global Headquarter di Yokohama.

Skala model kereta ini dapat menunjukkan ciri-ciri Nissan GT-R Nismo dengan jelas dengan hanya 298 butir LEGO. Saiz ini 25% lebih besar dari tahun sebelum ini.

Ketua Pereka LEGO mengatakan, “ Keaslian adalah keutamaan kami, kami mengambil masa untuk mereka semula lampu belakang dengan betul, kerana semua tahu dengan lampu belakang itu sudah tahu, itu Nissan GT-R. Saya berpuashati dengan hasilnya.”

 

LEGO Nissan GT-R akan boleh didapati pada Januari 2020. Kepada peminat LEGO, anda pasti tidak sabar untuk mendapatkan model ini.

Fun facts :

Image credit: Carscoop and Motoringresearch
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *