Lamborghini Huracan ‘Berenang’ Mengharung Banjir

Sumber imej: motor1.com

Kebanyakan pemilik kereta akan tahu yang air banjir boleh merosakkan kereta anda. Bukan sekadar menyebabkan karat, tapi juga boleh merosakkan enjin dan juga sistem elektronik kereta. Namun lain pula dengan pemilik kereta Lamborghini Huracan ni yang tak takut langsung mengharung air banjir. Malah, dalam video yang tular itu menunjukkan yang pemandu tersebut seakan ‘enjoy’ mengharung air banjir tu. Sebab, laluan sebelah kiri tu macam kurang air, tapi laluan sebelah kanan yang dipenuhi air juga yang dia pilih.

Kejadian yang berlaku semasa banjir teruk yang melanda Florida, Amerika Syarikat itu telah mendapat liputan yang tinggi, oleh kerana jenis kereta dalam kejadian tu adalah sejenis kereta mewah yang berharga lebih kurang US$261,274 atau bersamaan RM1,075,011. Kita tahu yang kereta ni mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat. Tapi kita tak tahu yang ianya juga mampu bertukar jadi kapal selam?

Dalam video yang tular tu juga kita dapat lihat ada dua jenis kereta sedan hanya mampu berhenti di tengah jalan sebab tak nak mengharung air. Sekali datang kereta Lamborghini Huracan berwarna kuning dari belakang dengan selambanya mengharung air seolah tak kisah tentang kerosakan dan jumlah yang terpaksa ditanggung akibat perbuatannya tu. Ke kereta sewa?

Untuk video penuh anda boleh tonton di sini:

Tapi apa-apa pun kejadian tu berlaku di negara Amerika Syarikat, yang sememangnya selalu penuh dengan unsur kejutan. Macam kekalahan Donald Trump kepada Joe Biden.

 

Walaupun Lamborghini Huracan ni boleh mengharung air banjir di Florida, tapi ianya tak boleh menandingi kehebatan kereta Perodua Kelisa yang redah banjir di Malaysia. Nama pun kelisa, takkan tak boleh berenang kan?

Sumber imej: thereporter.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *