Sumber imej: oto.detik.com
Beberapa hari lepas, tular tentang kejadian sebuah Neta V yang juga kenderaan elektrik (EV) telah hangus dijilat api selepas kereta itu terlanggar objek asing di atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kes itu membuka mata banyak pihak yang ragu-ragu tentang ciri keselamatan sebenar sebuah kenderaan elektrik.
Jika dilihat pada video yang tersebar, pihak bomba kelihatan bertungkus-lumus cuba memadamkan api marak pada Neta V itu namun malangnya kereta itu terbakar 100 peratus. Salah seorang mangsa (mungkin pemilik kenderaan) itu telah membuat satu hantaran di Facebook yang mana beliau sangat bersyukur kerana terselamat di dalam kejadian itu. Dalam kejadian itu, keretanya telah terlanggar tayar lori yang tercabut sebelum mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan. Walaupun kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri, namun malangnya dalam 5 minit kemudian, kereta itu secara tiba-tiba telah terbakar.
Sumber: facebook.com
Pengedar rasmi Neta V Malaysia, Intro Synergy Sdn Bhd telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini. Menurut Farok Maasom, CEO Intro Synergy Sdn Bhd, pihak mereka telah mengambil maklum tentang insiden tersebut dan mereka telah mengarahkan pasukan juruteknik dan pihak berkaitan untuk menjalan siasatan dan laporan selanjutnya akan dikongsikan kepada umum kelak.
Sumber imej: facebook.com
Jika dilihat kepada kejadian ini, macam senang sangat kereta elektrik terbakar kan? Malah ramai juga warganet yang seakan-akan terkejut kerana insiden terlanggar tayar lori itu telah menyebabkan sebuah kenderaan elektrik hangus 100 peratus dalam masa beberapa minit selepas perlanggaran berlaku. Nasib baik kesemua mangsa berjaya keluar tepat pada waktu. Kan? Apa pendapat anda?
Antara article lain berkenaan kereta ev terbakar.